Nama penuh saya adalah Muhd. Adzlan Bin Yusuf berasal dari Saratok, Sarawak. Telah mendirikan rumah tangga pada 2009 & dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Saya adalah seorang anak muda (muda lagi kah 27 tahun? Hehehe…) yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan sebenar dalam hidup.
Saya telah cuba melangkah kearah "Financial Freedom" sejak tahun 2008 |
Kenapa saya perlu memperkenalkan diri saya? Anda sebenarnya perlu tahu dengan siapa anda bakal menjalankan urusniaga. Ini kerana sekiranya anda sudah mengenali latar belakang saya anda akan berasa lebih yakin & selamat untuk menjalankan urusniaga.
Saya telah menceburkan diri dalam berbagai jenis perniagaan secara “part time” sejak 8 tahun yang lalu bermula semenjak saya melanjutkan pelajaran kali pertama di Swinburne University, Sarawak. Sehinggalah saya mula mengkaji & mempelajari mengenai pelaburan emas pada penghujung tahun 2010 (agak lewat). Alhamdulillah, akhirnya saya telah mengambil keputusan untuk menjadi Agen (Dealer Public Gold) pada awal 2011.
Saya tidak mensasarkan potensi yang terlampau tinggi bagi tujuan menjual emas pada mulanya. Lagipun saya membeli jongkong emas adalah untuk tujuan simpanan pada masa depan. Tambahan lagi harga emas ni mahal, cukuplah setakat tahu nilai emas ini tinggi dengan kadar purata kenaikan sebanyak 25%-30% setahun & jadikannya sebagai simpanan. Namun semuanya berubah apabila saya berjaya membeli & menjual emas fizikal sekitar RM103,000.00 dalam masa sebulan sekaligus melayakkan saya sebagai PRIORITY DEALER. Saya sendiri terkejut bagaimana saya mampu menjalankan jualan sepantas ni, ternyata kuasa emas sangat hebat.
Ingin saya tekankan disini, perniagaan jual beli emas bersama Public Gold adalah BUKAN SKIM CEPAT KAYA. Anda jangan mengharapkan akan kaya dalam sekelip mata bila menjadi Dealer atau membeli emas dalam kuantiti yang banyak! Kejayaan anda adalah bergantung kepada usaha anda sendiri & keizinan daripada Allah SWT, Insyaallah.
Walaupun banyak dah yang kerugian beribu ringgit tapi masih ramai tidak sedar dengan skim-skim yang menawarkan pulangan lumayan atau lebih tepat lagi SKIM CEPAT KAYA. Nasihat saya, jauhilah skim-skim yang menjanjikan pulangan lumayan, anda hanya akan menghancurkan masa depan anda sendiri sekiranya anda telah mengeluarkan modal yang banyak semata-mata hanya untuk mengejar pulangan lumayan yang pasti hanyalah sementara. Sekiranya anda ingin menyertai mana-mana syarikat yang menjanjikan pulangan lumayan nasihat saya buatlah semakan maklumat pendaftaran Syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia . Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. Anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/ . Jika anda baru mengenali jenama Public Gold, saya mengalu-alukan sekiranya anda ingin membuat semakan maklumat pendaftaran Syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia .
Bersama Dr. LUV @ Dr. Azahari Othman di Public Gold Bandar Sunway |
Sebelum Branch PG Kuching dibuka saya kerap berulang alik ke Kuala Lumpur untuk mengambil stok Emas/Silver. PG Branch will open soon @ K.Kinabalu!! |
Apa yang ingin saya kongsikan diblog KeRaJaaN EMaS ini adalah sedikit pengetahuan saya dalam pelaburan & jual beli emas. Dengan rasa rendah diri saya mengakui masih banyak yang saya perlu pelajari untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya dalam pelaburan emas.
Kelebihan kepada mereka yang menjadi Dealer Public Gold melalui rangkaian KeRaJaaN EMaS akan saya kongsikan serta merta rahsia menjana pendapatan & bimbingan bagaimana langkah pertama anda dalam pelaburan & jual beli emas. Apa yang lebih menarik, kesemuanya saya kongsikan kepada rangkaian KeRaJaaN EMaS secara PERCUMA. Takda yuran pembelajaran atau kos tersembunyi, semuanya FREE!!!
Saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak membantu & memberi tunjuk ajar kepada saya dalam pelaburan & jual beli emas ; (Mahaguru Emas ; Mr. Syukor Hashim), Mr. Daud Awang (admin@publicgoldsabah) Mr. Hafizul Hakim (admin@publicgoldsarawak), & Rangkaian KeRaJaaN EMaS. Sudah tentu tidak lupa kepada Isteri & anak tersayang serta keluarga saya di Sarawak yang tidak pernah jemu memberi galakan & sokongan.
Bersama Founder Of jutawanemas.com ; Mr. Syukor Hashim @ Seminar Pelaburan Emas |
Bagi saya, kekayaan sebenar adalah “Kebebasan Kewangan / Financial Freedom”. Simpanlah Emas Fizikal yang dijamin kalis inflasi hari ini untuk masa depan anda sebelum terlambat! Saya adalah orang yang paling gembira sekiranya saya mampu membebaskan diri anda dari “Masalah Kewangan”. Jumpa Lagi!