Ahad, 17 Julai 2011

Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua :)

Hari ini saya nak bercerita tentang kelebihan menjadi Dealer / Agen Public Gold. Kepada anda yang pernah sebelum ini membaca artikel2 diblog saya, ini adalah artikel yang lepas (Mei 2011). Ntah dimana masalahnya artikel ni dah tak boleh view lagi mungkin disebabkan serangan  “anai2’’ yang tak seberapa.

Untuk menjadi Dealer Public Gold modal yang diperlukan hanyalah RM20,000 (tiada yuran keahlian). Dengan mana-mana pembelian produk Public Gold (gold bar, silver bar, dinar emas & lain2) dalam satu resit anda layak menjadi Dealer. Saya tidak pasti sehingga bila Public Gold menawarkan tawaran serendah ini untuk anda merebut peluang menjadi Dealer. Jika anda nak buka kedai emas, berapa modal yang anda perlukan? Sila baca artikel saya yang terdahulu :
http://nalzda.blogspot.com/2011/05/peluang-jadi-saudagar-tauke-emas.html (klik disini)


Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 20% - 30% setahun. Katakanlah anda mempunyai simpanan emas fizikal bernilai RM100,00.00 & pada tahun tersebut kenaikan harga emas adalah 25%. So keuntungan anda pada tahun tersebut adalah RM25,000.00 Apa yang menarik bila menjadi Dealer Public Gold adalah anda berpeluang untuk mendapatkan keuntungan melalui jual beli emas & komisyen jualan setiap kali anda lock harga. Sementara anda menunggu kenaikan harga emas tahunan (emas fizikal yang disimpan/labur) anda buatlah keuntungan SEMAKSIMA mungkin melalui jual beli emas. Tiada limit!! terpulang kepada anda.

Kelebihan Menjadi Dealer Public Gold :

1. Dengan menggunakan sistem pembelian online (lock harga) 24 jam, anda berpeluang untuk membeli emas pada harga yang murah. Harga emas pun boleh dibeli pada harga yang murah, yang penting anda tahu bila masanya (kena pandai baca graf & tengok trend semasa). Berbanding bila anda beli emas di kedai2 yang terdapat diluar harganya akan berubah sebulan sekali sahaja sedangkan harga emas berubah setiap saat. Harga emas Public Gold berubah setiap 20 minit bagi memudahkan anda untuk lock harga.

2. Emas / Silver keluaran Public Gold adalah sangat senang dijual (saya dah banyak kali menjual & membeli) Perbezaan antara harga belian & jualan adalah sekitar 5% - 6% adalah sangat kecil. Semakin kecil SPREAD semakin cepat anda menjana keuntungan. Anda carilah mana-mana kedai emas diluar yang menawarkan spread serendah ini, Conform tak jumpa!

3. Stok Emas / Silver Public Gold sentiasa ada walaupun harga emas / silver naik & turun, tak pernah lagi sehingga hari ini bila saya lock harga & buat payment Public Gold bagi alasan stok tak ada.

4. Sekiranya anda nak jual balik emas / silver kepada Public Gold akan diterima balik walaupun emas / silver tersebut bengkok, calar & sebagainya yang penting berat tetap sama. Anda ada pengalaman beli emas fizikal dari bank atau kedai emas? Mmmmm… Dahsyatkan susut nilainya bila anda nak jual balik & ditambah lagi jika keadaan emas anda yang dah buka sarung plastik, kemek, calar bengkok dan sebagainya (semakin tinggi susut nilai), lagi bagus tak payah jual balik – RUGI!!

5. Dealer akan diberi pamplet PERCUMA oleh syarikat & nama anda sebagai Dealer akan dipaparkan diwebsite  www.publicgold.com.my, www.publicgoldsarawak.com, www.publicgoldsabah.com & website KeRaJaaN EMaS bagi membantu mempromosikan anda.

6. Public Gold akan membayar komisyen sebanyak 1% kepada Normal Dealer bagi setiap jualan.

7. Setelah mencatat sales RM100,000 anda akan bergelar Priority Dealer dan layak menerima komisyen sebanyak 1.5% untuk jualan.

8. Jika sales anda mencecah RM500,000 anda akan bergelar Master Dealer dan layak menerima komisyen sebanyak 2%.

9. Sebagai contoh, sekiranya anda membuat order daripada Public Gold maka anda akan dapat komisyen 1% (daripada nilai jualan). Beli emas 50 gram berharga RM8,300.00  jadi, komisyen anda adalah (RM8,000 x 1%) iaitu RM83.

10. Sekiranya anda menjual emas semula kepada Public Gold, maka anda akan dapat 0.3% komisyen (daripada nilai keseluruhan emas). Tak payah risau jika takde customer yang beli gold/silver anda, bila harga dah naik jual balik kepada Public Gold - DIJAMIN beli balik. Siap bagi komisyen lagi. Anda jual balik gold di kedai2 yang kat luar pernah dapat komisyen tak?

11. Strategi adalah penting bagi melipat gandakan keuntungan anda. Keuntungan sehingga 5% - 6% sehari bagi setiap jualan adalah mudah diperolehi. Nak buat keuntungan setiap hari kena sertai Rangkaian KeRaJaaN EMaS dulu la… :)

12. Tiada target jualan bulanan. Anda akan dapat komisyen berdasarkan nilai jualan emas anda. Walau anda hanya  jual 1 dinar pun tetap akan dapat komisyen jualan.

Diantara Jongkong Emas Public Gold


Pamplet Public Gold PERCUMA kepada Dealer