Sabtu, 6 Ogos 2011

Harga EMAS Melambung Dibulan RAMADHAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua….

Maaf sebab lama juga dah tak update blog ni. Tambah lagi nak cuti panjang sempena raya nanti di Sarawak, semua kerja kena settlekan dulu. Rasanya masih belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada yang beragama Islam.

Baru-baru ni saya terjumpa dengan seorang kawan lama. Bila dah berjumpa banyak la cerita-cerita lama keluar & kawan saya ni memang dah sedia maklum saya banyak buat bisnez2 part time start dari masa study dulu. Bila dia tanya “Apa lagi biz terbaru sekarang?” Saya jawab “Jual Jongkong & Dinar Emas” terus dia kata “Kaya juga ko sekarang sampai jual jongkong emas”  Saya jawab  “Rezeki…. Amin….” Dijadikan cerita saya tak tahu la statement yang dia bagi ikhlas atau tak, hehehe….
:)
Saya berfikiran positif & anggap kata2 kawan lama saya tadi adalah satu doa. InsyaAllah jika balik2 ada yang mendoakan anda kaya dengan izin Allah maka akan datanglah rezeki lebih2 lagi dibulan yang mulia ini. Kenapa saya kongsikan cerita ini sebab jika dulu saya terima kata2 seperti ini saya akan jawab “TAK LAH” (rendah diri & adab kononnya) mungkin inilah salah satu punca saya tak jadi jutawan masa umur 25 tahun dulu, perghh… hehee.. sebab bila ada yang mendoakan kekayaan, kita TIDAKKAN. Jadi moral of the story jika ada yang doakan kekayaan & kebaikan kepada anda, “YA kan atau Amin…” semoga menjadi kenyataan apa yang didoakan.


Hari ni saya nak bercerita pasal kenaikan harga emas yang mencatat kenaikan sehingga 1680/oz & merupakan rekod baru dunia bagi kenaikan harga emas baru-baru ini. Penyumbang kepada faktor kenaikan mendadak harga emas ini adalah disebabkan kejatuhan nilai matawang US. Semakin lemah US Dollar semakin tinggi harga emas selain daripada pembelian emas oleh kebanyakan Negara-negara di dunia.

Hutang kasar Amerika Syarikat (AS) melonjak kepada AS$238 bilion (RM6.9 trilion) sehingga 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu selepas had tertinggi hutang dinaikkan, menurut Perbendaharaan negara itu. Liabiliti-liabiliti sementara telah dikeluarkan daripada imbangan kira-kira Kerajaan Persekutuan sejak 16 Mei lalu apabila komitmen Perbendaharaan mencecah AS$14.29 trilion (RN41.44 trilion).

Jumlah pinjaman baharu itu menjadikan jumlah hutang awam meningkat kepada AS$14.58 trilion (RM42.28 trilion) sehingga akhir tahun 2010 dengan KDNK berjumlah AS$14.53 trilion (RM42.13 trilion), sekali gus meletakkan AS dalam liga negara memiliki hutang tinggi seperti Itali dan Belgium.

Dah nampakkan bagaimana kejatuhan US Dollar, sebelum ini dijangkakan harga emas akan melambung kepada 1700/oz pada hujung tahun 2011. Melihat kepada trend harga semasa sekarang tak mustahil harga emas melepasi paras yang dijangkakan sebelum hujung tahun ini. Jadi apa tindakan anda? Takkan dah banyak faham tentang emas tapi masih tiada tindakan? Nasihat saya tukarkanlah simpanan wang kertas anda kepada Emas Fizikal yang dijamin kalis inflasi! Nak beli/lock harga emas hubungi saya 016-8615184. Jumpa lagi