Khamis, 15 Disember 2011

SEMINAR PELUANG PERNIAGAAN EMAS PELABURAN BERSAMA PUBLIC GOLD

Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

Seminar ini adalah PERCUMA.
Tetapi sebelum datang kena register @ mendaftar tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 016-8615184 butiran-butiran berikut
1. Taipkan SEMINAR: Nama penuh
2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda
Contoh SMS:
SEMINAR: Ahmad bin Abu, Kota Kinabalu
Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:
SEMINAR: tempah 4 seat, 1. Ahmad bin Abu, 2. Halimah Ayob, 3. Halim Ahalim@yahoo.com , 4. Linda Onn, 25/2/2011. Kota Kinabalu
Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya dalam tempoh 24 jam saya akan reply, bukannya serta merta. Harap maklum).

Apa faedah datang ke seminar ini?
General Manager, Public Dinar (Public Gold Int. Berhad), En. Syukor Hashim


















First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan. Kemudian baru beliau bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda ingin tahu selok belok pelaburan emas maka anda wajib hadir seminar ini!!!

Tarikh
Masa
Tajuk
Negeri
Tempat
Khamis
.
15/12/2011
8.30 PM – 10.30 PM
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold
Melaka
Public Gold Melaka,
No. 9A Jalan Melaka Baru 22, Taman Melaka Baru, Batu Berendam, Melaka.(bersebelahan Perodua).
Selasa

20/12/2011

8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold
Brunei Darussalam

place to be confirmed
Rabu
.
21/12/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold
Kota Kinabalu
Promenade Hotel,
No. 4, Lorong Api-Api 3,
Api-Api Centre,
Kota Kinabalu
Khamis
.
22/12/2011
8.30 PM- 10.30 PM
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public Gold
Kuching, Sarawak
Public Gold Kuching
3rd Floor, Lots 456 & 457,
Al – Idrus Commercial Centre, Jalan Satok,93400 Kuching, Sarawak.

Jumaat, 9 Disember 2011

Tips : Pelaburan Yang Selamat Dengan Modal Minimum

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua. Semoga anda semua sudah CELIK Emas & dah buat tindakan dengan pengetahuan anda. Hari ini saya nak kongsikan TIPS membuat pelaburan dengan Modal yang minimum. Bagi “Tokey Besar" artikel ini mungkin tidak memberikan impak yang besar dalam strategi pelaburan namun sangat berguna buat rakan2 yang baru nak mula Melabur/Menyimpan Emas Fizikal.

Jika anda sering mengikuti perkembangan blog ini anda sudah semestinya tahu saya akan menasihatkan anda untuk memberi perhatian kepada perkara2 ini sebelum membeli Emas & Perak Fizikal :

- Harga yang murah & berkualiti berbanding jenama2 lain
- Stok yang sentiasa ada
- Spread yang rendah
- Jaminan beli balik
- Mempunyai sijil ketulenan yang disahkan oleh Assayer Bertauliah

Jadi senang cerita, Public Gold memenuhi semua kriteria2 diatas. Anda takkan menyesal sekiranya membeli Emas & Perak keluaran Public Gold. Buatlah perbandingan dengan jenama2 lain.

Bagi Anda yang sudah mula Celik Emas & ingin memulakan pelaburan tetapi tidak mempunyai modal yang banyak adalah tidak menjadi masalah. Pepatah “Simpan sikit2 lama2 jadi bukit” memang boleh pakai. Anda mulalah dari sekarang merancang perbelanjaan anda. 

Sebagai contoh, gaji bulanan anda sebanyak RM3000 anda ambil la sikit sekitar 10% setiap bulan untuk membeli Emas. Secara matematiknya dengan gaji RM3000 simpan 10% setiap bulan anda akan dapat membeli 1 Dinar setiap 3 bulan, setahun dapatlah kumpul 1 Dinar=4. Kira oklah tu. 1 Dinar yang anda simpan itu adalah ASET & kenaikan nilanya adalah tinggi. So dont worry 4 long term saving.

Bila harga Emas dah naik, anda dah puas hati dengan kenaikan harga & nak jual, takde masalah hubungi saya terus. Saya JAMIN beli balik semua Emas & Perak kepada customer2 yang beli dari saya.

Memandangkan hampir setiap hari saya menerima mesej menerusi telefon  bimbit & FB dari rakan2 yang baru nak mengenali dunia Emas, hari ini saya kongsikan kepada anda jenis2 Emas yang sesuai dibeli dengan modal yang minimum.

Hot Items = Gold Bar 10g, 1 Dinar, I-series 10g & Silver Bar 100g

Anda boleh rujuk harga Emas & Perak yang saya nyatakan diatas disebelah kanan blog ini. Harga Emas & Perak Public Gold berubah setiap 20 minit. Kesemua yang saya nyatakan diatas adalah “Hot Items” sangat laris mengalahkan goreng pisang. Hehehe.. Hampir setiap hari ada yang LOCK harga! Best ke tak best jadi Tokey Emas?:)

Setiap items diatas mempunyai kelebihan2 tersendiri. Jika anda nak tahu secara terperinci semua kelebihan2 memiliki ASET diatas & cara nak kembangkan aset dengan modal yang ada kena jumpa saya.

Bagi rakan2 yang dah mula aktif menyimpan Emas fizikal, Tahniah & teruskanlah..  Nasihat saya, jika dah cukup modal anda perlu jadi Dealer untuk memaksimumkan keuntungan, saya akan bimbing anda menjadi “Tokey Emas”. Bagi yang memang dah sedia ada modal tapi tak tahu cara nak mula bagaimana hubungi  016-8615184, saya akan membimbing anda dari mula sehingga anda berjaya buat duit dengan pelaburan Emas, InsyaAllah. Jumpa lagi!

Rabu, 7 Disember 2011

Membeli & Menyimpan Jongkong Emas / Gold Bar

Sumber : jutawanemas.com

Salam sejahtera kepada semua pembaca.
Antara pelaburan emas terbaik ialah dengan membeli gold bar (atau dipanggil bullion). Kalau dalam bahasa Melayu dipanggil jongkong emas.
Berdasarkan suryey saya di kedai emas, bank dan sekitar Malaysia, terdapat 3 jenis gold bar yang popular dan boleh anda beli iaitu:

1. PAMP Suisse gold bar
2. Poh Kong Bunga Raya gold bar
3. Public Gold gold bar

Mari lihat satu persatu.

1. PAMP Suisse gold bar.

PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Métaux Précieux) (artistic, precious metals products).
PAMP yang berpengkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan palladium.

Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm
Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia. Maklumlah, made is Swiss. Cuba search dalam google berkenaan PAMP Suisse gold dan anda akan dapati banyak gambar-gambar emas keluaran PAMP. Gold bar PAMP senang dijual beli di mana-mana negara di seluruh dunia. Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan (Assay certificate).

Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual:

1. PAMP Suisse gold bar 100 gram dengan sijil ketulenan warna pink.

PAMP gold bar 100 gram

Klik gambar untuk besarkan, jangan rambang mata sudah ler :)
PAMP gold bar close up
Klik untuk besarkan, jangan rambang mata sudah ler :)
.
Gold bar nie boleh dibeli kat Habib Jewel, UOB Bank dan kedai emas tertentu.
Ketulenan emasnya ialah 24K (999.9)

Memandangkan harganya yang tinggi, maka tak banyak kedai emas yang jual gold bar 100 gram nie.
Emas nie sesuai untuk buat pelaburan dengan cara beli dan simpan. kalau boleh 3 tahun ke atas. kalau boleh simpan lebih 10 tahun, lebih baik.

Kebaikan:

1. Emas PAMP Suisse terkenal di seluruh dunia. Boleh dijual beli di seluruh dunia.
2. Ada sijil ketulenan dan nombor siri
3. Kualiti emas 24K, 999.9

2. PAMP Suisse gold bar dalam plastik biru.

PAMP Suisse gold bar dalam plastik biru

Antara bentuk lain gold bar PAMP suisse ialah seperti di atas.
Gold bar nie boleh di dapati di kedai emas biasa, tapi anda kena tanya.
Kalau kat Melaka emas PAMP Suisse boleh dibeli di Kedai Emas Poh Win, Melaka Mall, kat Mahkota Parade pun ade. Antara saiz yang boleh didapati ialah 10 gram, 20 gram, 31.10 gram, 50 gram dan 100 gram.

Gold bar PAMP suisse kat kedai emas Poh Win, Melaka

Emas nie dibalut dalam bekas plastik yang keras, tujuannya ialah untuk melindungi emas kat dalam tu. Jadi anda tak boleh nak buka dan pegang emas tu. So, tengok dari luar ajelah. Kalau nak buka jugak kena toreh dengan pisau ler jawabnya :)

2. Poh Kong gold bar (Bunga Raya).

Jika anda mengunjungi kedai Emas Poh Kong, mereka juga ada menjual gold bar keluaran mereka sendiri yang dinamakan Bunga Raya gold bar.

Gold bar ini boleh didapati di dalam berat 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.


Jongkong Emas Poh Kong Bunga Raya.
By the way, ini website kedai emas Poh Kong http://www.pohkongjewel.com/
Emas nie kualitinya 24K, 999.9 . So memang tulen. Tapi dari segi popular, emas Poh Kong Nie kurang terkenal berbanding PAMP Suisse.

Kalau anda nak jual kembali emas nie kepada Poh Kong, Biasanya mereka akan tolak 15% ke 18% dari harga emas semasa.

3. Gold bar Public Gold.

Public Fine Gold International Gold Sdn. Bhd. (Public Gold) merupakan sebuah syarikat di Malaysia yang menawarkan gold bar untuk tujuan pelaburan.
Syarikat yang berpusat di Bukit Jambul, Pulau Pinang ini mengeluarkan gold bar dan syiling emas atas jenama Public Gold.
Untuk gold bar, saiz yang ditawarkan mereka ialah 20 gram, 50 gram dan 1 kilogram. Kualiti emas ialah 24K (999.9)
Laman web Public Gold boleh dilawati diwww.publicgold.com.my
Saya telah mengunjungi ibu pejabat Public Gold untuk mendapatkan maklumat dan melihat sendiri gold bar keluaran mereka.

Ini gambar gold bar Public Gold:

Gold bar 20 gram dan 50 gram Public Gold
.

Gambar belakang gold bar
.

Rabu, 30 November 2011

Jadikan HOBI Sebagai Pendapatan LUMAYAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua. Terima Kasih kerana melayari blog “FREE” yang saya wujudkan untuk perkongsian pengetahuan mengenai pelaburan Emas & Perak ini. Alhamdulillah, hampir sebulan bercuti panjang ni banyak juga kerja yang dapat diselesaikan. Anda semua apa khabar? Saya Doakan anda semua bertambah kaya dengan simpanan Emas & Perak.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit cerita kepada anda (memandangkan saya sedang bercuti panjang), so saya ada banyak masa untuk menulis. Artikel hari ini berlainan sedikit dengan artikel2 lepas sebab tak banyak buat kira2 & tak perlu rujuk graf Emas. Cerita pasal “Hobi”. Apa kaitan hobi dengan pelaburan Emas ? Teruskan membaca. Hari ini saya mempunyai 3 hobi yang berbeza. Hobi2 tersebut adalah :

1. Bersukan
2. Mengumpul Koleksi Kereta Mainan
3. Mengumpul/Menyimpan Emas & Perak

Daripada 3 hobi ini, hobi yang pertama & kedua bermula semenjak dari umur 6 Tahun lagi. Sementara hobi yang ketiga bermula pada tahun 2010. Bila bercakap pasal hobi, anda akan berasa pelik bila mendengar berkenaan hobi/kegemaran orang lain sekiranya tidak sama dengan anda. Contohnya hobi memancing ikan atau udang. Apa bestnya hobi ni sampai mereka sanggup berjam2 berpanas ditengah lautan? Saya pernah tanya kepada rakan saya yang memang “Kaki Pancing” katanya nikmat masa tarik joran bila ikan makan umpan tak boleh nak katakan kepuasannya. Betul, itu hak dia & itu hobi dia. Yang penting dia puas. Hehehe.. Tapi apa kaitan dengan simpanan Emas?

Saya cerita sikit mengenai hobi kedua saya. Mungkin agak lucu bagi seorang yang yang sudah bergelar dewasa tapi mempunyai hobi ini “Mengumpul Koleksi Kereta Mainan”. Anda semua pasti telah melalui zaman kanak2 & tidak terkecuali daripada meminati barang2 mainan suatu ketika dahulu. Saya sangat meminati kereta mainan berbagai jenis semenjak kecil terutamanya kereta mainan yang berwarna MERAH. Secara tak langsung hobi saya semenjak kecil sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan saya hari ini.

Koleksi C-GTS ni dibeli pada tahun 2004
Diantara koleksi kereta mainan kesayangan. Salah satu daripada "Hantaran Kahwin" dari Isteri saya pada 2009
Sebahagian koleksi kereta mainan yang saya bawa ke K. Kinabalu

Sekarang kita bercerita pasal hobi saya yang ketiga “Mengumpul/Menyimpan Emas & Perak" Saya mula mempelajari/membaca mengenai Pelaburan Emas pada penghujung tahun 2010, anda boleh baca mengenai saya disini : http://nalzda.blogspot.com/p/mengenai-penulis.html  Pada masa itu belum termasuk dalam kategori hobi lagi & lebih terjurus kearah mencari pelaburan yang paling selamat dengan keuntungan maksimum.

Apa terjadi sekarang ia dah jadi hobi saya, pendek kata jika anda berjumpa dengan saya sekiranya bercerita pasal Emas gerenti tak habis2 punya sebab ini dah jadi salah satu hobi. So saya takkan boring & rasa sangat seronok bila bercerita pasal Emas & akan lebih seronok lagi sekiranya hari2 boleh tambah koleksi simpanan Emas.

Apa yang best sangat hobi ni? Yes, disini point dia sebab ia bukan sekadar hobi tetapi telah memberikan pulangan yang lumayan kepada saya. Disamping mendapat kepuasan dengan koleksi Jongkong Emas & Perak yang makin bertambah saya dapat menambahkan pendapatan EXTRA saya. Ini barulah dikatakan berbaloi2.

Hobi & Pendapatan Lumayan = Kumpul + Simpan + Labur

So hobi saya yang pertama & kedua takda manfaat ke? Ok, begini kita lihat contoh mudah lagi. Hari ini, saya sangat bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik & dapat menjalani aktiviti sukan. Biasanya jika ada kelapangan saya akan bermain badminton sebanyak 2 kali seminggu. Kos untuk 1 kali pergi bermain campur shuttle & sewa gelanggang tak kurang RM30.  Bayangkan sekiranya setiap bulan saya pergi bermain sebanyak 10 kali kos untuk hobi ini adalah RM300 sebulan. Belum termasuk kos raket & lain2 lagi. Wow! Boleh tahan juga kos untuk hobi bersukan ni.

Bagaimana dengan hobi yang kedua. Bagi yang tidak mempunyai minat seperti saya hobi ini memang dianggap sia2 & tidak berfaedah, sebabnya anda tidak minat. Tetapi bagi saya inilah kepuasan yang saya dapat. Saya berasa seronok, tenang & puas sekiranya memiliki barang mainan terutamanya kereta mainan jenis sport yang juga merupakan teman tidur saya semasa kecil.

Kesan hobi ini kepada saya, terpaksa “RAJIN” & berusaha cari duit lebih sebab saya tahu hobi saya perlukan kos yang besar. Bukan hanya setakat sebagai barang mainan, kenderaan harian saya juga seperti sebuah kereta mainan. Alhamdulillah hasil dari makan gaji dengan kerajaan & bermacam2 bisnez part time saya telah berjaya memiliki beberapa buah kereta mainan yang boleh saya pandu dalam usia muda. Inilah kepuasan yang telah saya dapat. Tak kisahlah hobi ini pelik tapi hobi ini dah mendidik saya untuk berdikari & mendapat apa yang saya ingini dengan usaha saya sendiri.

Dari khayalan fantasi kanak2 saya jadikan kereta mainan sebagai realiti 2008

Kesimpulannya, apa yang saya cuba sampaikan hari ini adalah lebih menjurus untuk memotivasikan anda. Kenapa anda tidak pilih salah satu hobi yang boleh mendatangkan pendapatan & kepuasan kepada anda? Zaman sekarang semua dah mahal Bro, takde usaha takde la merasa kepuasan “Financial Freedom”

Anda berminat nak buat hobi saya yang ketiga? Hubungi saya 016-8615184 kita jumpa, saya tunjukkan jalan EMAS kepada anda. Saya tak jamin anda akan jadi Jutawan sebab semuanya berperingkat, kena usaha  & tawakal. Tapi saya jamin akan bagi anda jalan untuk mencapai Impian anda. Jumpa Lagi!

Khamis, 17 November 2011

Tips : Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas (I-Series)

Sumber : jutawanemas.com

Untuk posting kali ini saya akan menunjukkan contoh barang kemas yang boleh memberikan keuntungan maksima kepada anda. Dengan kata lain, jika anda membeli barang kemas ini maka anda boleh memaksimakan keuntungan anda.
Baiklah, saya ingin memperkenalkan contoh barang kemas terbaik untuk pelaburan iaitu :

Barang Kemas Public Gold i-Series 22k.


Sepintas lalu – Rantai leher i-Series Public Gold

Rantai leher i-Series ( i-Series bermaksud investment series)

Di dalam artikel yang lepas, saya telah memberikan 6 tips untuk memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.
Diantara tips-tips tersebut adalah:
1. Pilih harga barang kemas yang dijual di bawah harga pasaran FGJAM(www.fgjam.org.my)
2. Pilih kedai yang menawarkan kos workmanship yang paling murah (kalau takde langsung lagi baik)
3. Barang kemas tersebut mestilah mempunyai kualiti emas 916 (22K) ke atas.
4. Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.
5. Pilih design yang takder batu permata (emas 100%).
6. Pilih kedai yang menawarkan trade-in value yang tinggi.

Untuk pengetahuan anda, barang kemas Public Gold i-Series ini memenuhi kesemua tips-tips diatas. Kita akan lihat satu persatu.
Tapi sebelum itu mari kita berkenalan terlebih dahulu dengan barang kemas i-series.

Pengenalan kepada barang kemas i-series:

Barang kemas i-Series dikeluarkan oleh Public Gold (www.pulicgold.com.my), sebuah syarikat  yang menjalankan urusniaga menjual dan membeli jongkong emas, syiling emas, dinar emas, barang kemas dan juga jongkong perak.
Produk i-series merupakan keluaran terkini Public Gold.
Ia bertujuan memberikan peluang kepada pelabur emas untuk mendapat pulangan maksimum melalui barang kemas. Sebelum mengeluarkan barang kemas i-series ini, Public Gold telah membuat penyelidikan yang terperinci bagi menghasilkan barang kemas yang memenuhi ciri-ciri pelaburan emas terbaik dan menguntungkan pembelinya.

Ciri-ciri istimewa barang kemas i-series.


Keistimewaan pertama: Harga yang jauh lebih murah berbanding harga FGJAM.
Huraian: Kebanyakan kedai-kedai emas di Malaysia menjual emas mengikut harga FGJAM (www.fgjam.org.my)  Contohnya Poh Kong, Tomei, Habib Jewel, Wah Chan dan lain-lain. Pada waktu artikel ini ditulis, harga emas FGJAM untuk emas 916 adalah RM190/gram (tidak termasuk upah).


Harga emas di kedai emas Wah Chan pada 13/8/2011 adalah RM190/gram.
Namun, harga barang kemas i-series ketika artikel ini ditulis (16/8/2011 1.00 pagi) hanyalah RM174.14 segram! Dengan kata lain pembeli i-Series dapat berjimat sehingga RM15.86 segram.
Memang best :)
p/s: Harga emas untuk barang kemas i-Series berubah setiap 20 minit. Anda boleh memantau harganya di laman web Public Gold Live Price dihttp://www.publicgold.com.my/liveprice.html


Harga barang kemas i-Series berubah setiap 20 minit.

Keistimewaan kedua: Tidak ada kos workmanship (upah tukang).
Huraian: Kebanyakan kedai emas akan cas anda kos workmanship bila anda membeli barang kemas di kedai mereka. Namun barang kemas i-Series adalah ia tidak mempunyai kos workmanship. Ini adalah satu ciri yang dapat memaksimakan keuntungan kepada pembeli. Anda cuma membayar mengikut harga emas semasa.
p/s: Walaupun tiada kos workmanship, barang kemas i-Series mempunyai kos penghantaran RM20 untuk setiap unit item. Contoh, jika anda membeli rantai leher 100g x 1 unit dan 50 gram x 1 unit, maka kos penghantarannya ialah RM40 (RM20 x 2 unit). Namun begitu kos penghantaran cuma dikenakan kepada pembeli yang mengambil produk ini di luar Pulau Pinang. Jika anda mengambil sendiri barang kemas i-Series ini di pejabat Public Gold di Pulau Pinang maka kos penghantaran tidak dikenakan.

Keistimewaan ketiga: Kualiti emas 916 (22 karat)
Huraian: Barang kemas i-series mempunyai kualiti 916 (24 karat). Ia membolehkan barang kemas ini praktikal digunakan untuk pemakaian seharian. Ini kerana emas 916 adalah lebih keras berbanding emas 999.9. Jadi anda mendapat barang kemas yang terbaik untuk tujuan pelaburan dan pemakaian :)

Keistimewaan keempat : Design yang padu, tebal dan tahan lasak.
Huraian: Bagi memastikan produk I-series tahan lasak, Public Gold memilih design yang padu dan tebal. Ini bagi mengelakkan produk ini mengalami kerosakan seperti putus, kemek dan bengkok. Ketahanan adalah aspek penting bagi i-Series. Selain itu, design yang padu akan memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila diuji menggunakan mesin densimeter.


Gambar dekat rantai leher i-Series. Tebal, padu dan tahan lasak.

Perbandingan ketebalan rantai leher i-Series 100 gram, 50 gram dan 20 gram dengan paper clip.


Ujian ketulenan emas i-Series menggunakan densimeter.
Apabila diuji menggunakan mesin densimeter, produk i-Series memberikan bacaan ketulenan yang tepat iaitu 22 karat (916). Jadi, ini membolehkan anda mendapat pinjaman maksimum apabila menggadaikan emas i-series di Ar-Rahnu (pajak gadai Islam).


i-Series yang diuji menggunakan densimeter. Tepat 22K (916)
Jadi, bagi mereka yang berminat membuat pelaburan emas + menggunakan emas sebagai pusingan modal + boleh dipakai hari-hari, maka i-series merupakan pilihan terbaik.
 Keistimewaan kelima: Design tanpa batu permata. 100% emas padu.
Huraian: Bagi memaksimakan keuntungan, produk i-Series tidak mempunyai batu permata, mutiara dan lain-lain. Ia adalah 100% emas padu. Jadi ini akan memaksimakan keuntungan apabila anda menjual balik i-Series ini kepada Public Gold. 
Keistimewaan keenam: Susut nilai i-Series cuma 10% sahaja! Sangat kecil.
Huraian: Susut nilai barang kemas i-Series cuma 10% sahaja!
Dengan kata lain, bila anda menjual produk i-Series maka Public Gold akan membelinya kembali mengikut harga PG Buy. Bandingkan dengan susutnilai barang kemas kat kedai emas yang biasanya mencecah 25%.
Jadi pembeli i-Series mendapat keuntungan lebih 15% berbanding membeli barang kemas di kedai emas.
Memang menguntungkan.


Susut nilai i-Series cuma 10% sahaja. Memang kecil.
Kelebihan ketujuh: Boleh digadaikan di Ar-Rahnu bila-bila masa jika memerlukan pusingan modal.
Huraian: Barang kemas boleh digadaikan bila-bila masa di Ar-Rahnu jika anda memerlukan pusingan modal.
Jadi ia membantu anda mendapat tunai segera dengan mudah.


Barang kemas boleh digadaikan dengan mudah di Arrahnu.

Dengan kelebihan-kelebihan diatas, anda akan mendapati bahawa barang kemas i-Series adalah contoh terbaik pelaburan emas melalui barang kemas. Anda akan mendapat keuntungan yang maksima jika membeli barang kemas yang memiliki kelebihan-kelebihan diatas.
Bayangkan, harganya adalah lebih murah, design pula tebal dan tahan lasak manakala susut nilai pula cuma 10%.

Jenis-jenis produk didalam i-Series.


Jika anda berminat mendapatkan i-Series, Produk terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
1. Rantai leher
2. Rantai tangan
3. pendant.

Rantai leher i-Series terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
a) 100 gram (berat 100 gram, emas 916, panjang 77 (±) 1 sentimeter)
b) 50 gram (berat 50 gram, emas 916 panjang 52 sentimeter (±) 1 sentimeter)
c) 20 gram (berat 20 gram, emas 916 panjang 52 sentimeter (±) 1 sentimeter)


Rantai leher 20 gram (atas), 50 gram (tengah) dan 100 gram (bawah sekali)
Untuk rantai tangan terdapat 1 jenis sahaja iaitu 10 gram.

Rantai tangan (10 gram, emas 916, panjang 17 sentimeter (±) 1 sentimeter)
Untuk pendant, terdapat 3 jenis berat iaitu 5 gram, 10 gram dan 20 gram.

Pendant terdapat di dalam 3 saiz iaitu 5 gram, 10 gram dan 20 gram.

Bagaimana anda boleh membeli barang kemas i-Series ini?

Anda boleh menempah barang kemas i-Series ini melalui cawangan Public Gold di seluruh negara. Caranya mudah sahaja:
1. Lihat harga emas semasa di laman web Public Gold live price:http://www.publicgold.com.my/liveprice.html
2. Kemudian anda boleh menghubungi saya ditalian 016-8615184 (paling mudah)
3. Anda juga boleh walk-in ke pejabat Public Gold yang berhampiran tempat anda.


Sebahagian cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.
Ini adalah alamat dan telefon untuk cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.
Main Office: Penang
12E First Floor, Jalan Rumbia,
11900 Bukit Jambul, Penang.
Telefon: 04-644 9999
Cawangan Penang
Bishop : No.84, Lebuh Bishop,
10200 Penang,
Telefon: 04-261 9999
Cawangan Sunway:
42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor),
Mentari Business Park, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon: 03-5634 8999 
Cawangan Melaka :
No. 9-A, 9-B,
Jalan Melaka Baru 22,
Taman Melaka Baru,
Batu Berendam,
75350 Melaka.
(sebelah Perodua)
Telefon: 06-317 5499 
Cawangan Johor Bahru :
45A&B, Jalan Persisiran Perling,
Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.
Telefon: 07-235 8999 
Cawangan Sungai Petani, Kedah:
No. 86B, 1st Floor,
Jalan Pengkalan,Taman Pekan Baru,
08000 Sungai Petani, Kedah.
Telefon: 04-423 2999 
Cawangan Ipoh:
No.45, 45A & 45B, Jalan Yang Kalsom,
30250 Ipoh, Perak.
Telefon: 05-242 8999 
Cawangan Kuantan, Pahang :
A-6624 1st and 2nd floor, Jalan Beserah
25250 Kuantan, Pahang.
Telefon: 09-567 8916 
Cawangan Kelantan:
Tingkat 1, Lot 257, Jalan Kebun Sultan,
15000 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.
Telefon: 09-746 2999 
Cawangan Kuala Terengganu :
16A, 1st & 2nd Floor,
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu,
Telefon: 09-626 3999 
Cawangan Kuching, Sarawak:
3rd floor, Lots 456 & 457,
Al-ldrus Commercial Centre,
Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.
Telefon: 082-252 916

Kesimpulan.


1. Emas adalah aset. Jadi, membuat pelaburan emas menggunakan barang kemas tetap menguntungkan anda. Namun anda perlu memilih barang kemas terbaik. Dengan adanya barang kemas i-series, pelabur emas kini boleh memaksimakan keuntungan melalui pelaburan barang kemas.
2. Anda boleh menggunakan spesifikasi i-Series sebagai perbandingan dengan barang kemas di kedai emas. Anda akan mendapati barang kemas i-Series adalah jauh lebih menguntungkan pembelinya.
3. Dengan cawangan Public Gold di seluruh negara, kini anda boleh mendapatkan barang kemas i-Series dengan mudah.