Rabu, 30 November 2011

Jadikan HOBI Sebagai Pendapatan LUMAYAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua. Terima Kasih kerana melayari blog “FREE” yang saya wujudkan untuk perkongsian pengetahuan mengenai pelaburan Emas & Perak ini. Alhamdulillah, hampir sebulan bercuti panjang ni banyak juga kerja yang dapat diselesaikan. Anda semua apa khabar? Saya Doakan anda semua bertambah kaya dengan simpanan Emas & Perak.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit cerita kepada anda (memandangkan saya sedang bercuti panjang), so saya ada banyak masa untuk menulis. Artikel hari ini berlainan sedikit dengan artikel2 lepas sebab tak banyak buat kira2 & tak perlu rujuk graf Emas. Cerita pasal “Hobi”. Apa kaitan hobi dengan pelaburan Emas ? Teruskan membaca. Hari ini saya mempunyai 3 hobi yang berbeza. Hobi2 tersebut adalah :

1. Bersukan
2. Mengumpul Koleksi Kereta Mainan
3. Mengumpul/Menyimpan Emas & Perak

Daripada 3 hobi ini, hobi yang pertama & kedua bermula semenjak dari umur 6 Tahun lagi. Sementara hobi yang ketiga bermula pada tahun 2010. Bila bercakap pasal hobi, anda akan berasa pelik bila mendengar berkenaan hobi/kegemaran orang lain sekiranya tidak sama dengan anda. Contohnya hobi memancing ikan atau udang. Apa bestnya hobi ni sampai mereka sanggup berjam2 berpanas ditengah lautan? Saya pernah tanya kepada rakan saya yang memang “Kaki Pancing” katanya nikmat masa tarik joran bila ikan makan umpan tak boleh nak katakan kepuasannya. Betul, itu hak dia & itu hobi dia. Yang penting dia puas. Hehehe.. Tapi apa kaitan dengan simpanan Emas?

Saya cerita sikit mengenai hobi kedua saya. Mungkin agak lucu bagi seorang yang yang sudah bergelar dewasa tapi mempunyai hobi ini “Mengumpul Koleksi Kereta Mainan”. Anda semua pasti telah melalui zaman kanak2 & tidak terkecuali daripada meminati barang2 mainan suatu ketika dahulu. Saya sangat meminati kereta mainan berbagai jenis semenjak kecil terutamanya kereta mainan yang berwarna MERAH. Secara tak langsung hobi saya semenjak kecil sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan saya hari ini.

Koleksi C-GTS ni dibeli pada tahun 2004
Diantara koleksi kereta mainan kesayangan. Salah satu daripada "Hantaran Kahwin" dari Isteri saya pada 2009
Sebahagian koleksi kereta mainan yang saya bawa ke K. Kinabalu

Sekarang kita bercerita pasal hobi saya yang ketiga “Mengumpul/Menyimpan Emas & Perak" Saya mula mempelajari/membaca mengenai Pelaburan Emas pada penghujung tahun 2010, anda boleh baca mengenai saya disini : http://nalzda.blogspot.com/p/mengenai-penulis.html  Pada masa itu belum termasuk dalam kategori hobi lagi & lebih terjurus kearah mencari pelaburan yang paling selamat dengan keuntungan maksimum.

Apa terjadi sekarang ia dah jadi hobi saya, pendek kata jika anda berjumpa dengan saya sekiranya bercerita pasal Emas gerenti tak habis2 punya sebab ini dah jadi salah satu hobi. So saya takkan boring & rasa sangat seronok bila bercerita pasal Emas & akan lebih seronok lagi sekiranya hari2 boleh tambah koleksi simpanan Emas.

Apa yang best sangat hobi ni? Yes, disini point dia sebab ia bukan sekadar hobi tetapi telah memberikan pulangan yang lumayan kepada saya. Disamping mendapat kepuasan dengan koleksi Jongkong Emas & Perak yang makin bertambah saya dapat menambahkan pendapatan EXTRA saya. Ini barulah dikatakan berbaloi2.

Hobi & Pendapatan Lumayan = Kumpul + Simpan + Labur

So hobi saya yang pertama & kedua takda manfaat ke? Ok, begini kita lihat contoh mudah lagi. Hari ini, saya sangat bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik & dapat menjalani aktiviti sukan. Biasanya jika ada kelapangan saya akan bermain badminton sebanyak 2 kali seminggu. Kos untuk 1 kali pergi bermain campur shuttle & sewa gelanggang tak kurang RM30.  Bayangkan sekiranya setiap bulan saya pergi bermain sebanyak 10 kali kos untuk hobi ini adalah RM300 sebulan. Belum termasuk kos raket & lain2 lagi. Wow! Boleh tahan juga kos untuk hobi bersukan ni.

Bagaimana dengan hobi yang kedua. Bagi yang tidak mempunyai minat seperti saya hobi ini memang dianggap sia2 & tidak berfaedah, sebabnya anda tidak minat. Tetapi bagi saya inilah kepuasan yang saya dapat. Saya berasa seronok, tenang & puas sekiranya memiliki barang mainan terutamanya kereta mainan jenis sport yang juga merupakan teman tidur saya semasa kecil.

Kesan hobi ini kepada saya, terpaksa “RAJIN” & berusaha cari duit lebih sebab saya tahu hobi saya perlukan kos yang besar. Bukan hanya setakat sebagai barang mainan, kenderaan harian saya juga seperti sebuah kereta mainan. Alhamdulillah hasil dari makan gaji dengan kerajaan & bermacam2 bisnez part time saya telah berjaya memiliki beberapa buah kereta mainan yang boleh saya pandu dalam usia muda. Inilah kepuasan yang telah saya dapat. Tak kisahlah hobi ini pelik tapi hobi ini dah mendidik saya untuk berdikari & mendapat apa yang saya ingini dengan usaha saya sendiri.

Dari khayalan fantasi kanak2 saya jadikan kereta mainan sebagai realiti 2008

Kesimpulannya, apa yang saya cuba sampaikan hari ini adalah lebih menjurus untuk memotivasikan anda. Kenapa anda tidak pilih salah satu hobi yang boleh mendatangkan pendapatan & kepuasan kepada anda? Zaman sekarang semua dah mahal Bro, takde usaha takde la merasa kepuasan “Financial Freedom”

Anda berminat nak buat hobi saya yang ketiga? Hubungi saya 016-8615184 kita jumpa, saya tunjukkan jalan EMAS kepada anda. Saya tak jamin anda akan jadi Jutawan sebab semuanya berperingkat, kena usaha  & tawakal. Tapi saya jamin akan bagi anda jalan untuk mencapai Impian anda. Jumpa Lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.