Sabtu, 28 Mei 2011

PELUANG JADI SAUDAGAR & TAUKE EMAS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…..

Kali ini saya nak tawarkan kepada anda bagaimana untuk mengambil peluang menjadi Tauke Emas. Iyaa.. Tauke Emas!!! Bagi yang berkawan dengan Tauke Kedai Emas & pernah tanya berapa modal untuk buka Kedai Emas,  RM1 juta cukup tak? J Minta maafla jika modal anda hanya setakat RM1juta, belum lagi masuk sewa & keperluan-keperluan lain.

Anda sendiri sudah ada bayangan betapa tinggi nilai Emas setiap kali anda pergi ke Kedai Emas contohnya Habib Jewels, Poh Kong, Tomei dan banyak lagi. Lengkap dengan CCTV & Pengawal Keselamatan (Bersenapang). Ini sahaja sudah cukup menggambarkan betapa tingginya nilai Emas didalam kedai tersebut sehingga kawalan keselamatan dijalankan sedemikian rupa.

Kedai Emas di seluruh dunia dilengkapi dengan pengawal keselamatan & sistem CCTV

Jadi  jika RM1 juta dah tak cukup untuk buka kedai emas macam mana la nak jadi Tauke Emas? Ok, untuk jadi Tauke Emas, sememangnya modal yang besar diperlukan namun begitu sekarang zaman dah canggih, hampir semua aktiviti harian kita menggunakan sistem elektronik ; Anda boleh menggunakan kemudahan internet untuk menjual emas, dari anda buang masa setiap hari log in Facebook & komen itu ini yang entah apa-apa, better anda promosikan emas anda. Bila dah maju boleh guna blog, lagi luas market anda & semua kemudahan ni FREE!  Barula DUIT masuk.. takdala balik-balik nak buat personal loan tambah hutang, bila wallet dah kempis mula la pakai kad gores & kalah (Kad Kredit) hutang lagi!! Tak habis-habis hutang, yang untung bank setiap bulan terima bayaran interest.

Public Gold menawarkan peluang untuk menjadi Agent (Dealer) dengan modal minimum RM20,000. Dengan setiap pembelian apa-apa jenis emas (Gold bar, Dinar emas, barang-barang kemas ,Silver) dalam satu resit anda layak untuk menjadi Dealer. So bila dah jadi Dealer maknanya anda Tauke Emas la, betul tak? Anda dah boleh menjual & membeli emas pada harga semasa. Bezanya dengan Tauke Emas diluar anda  takda kedai , lagi bagus sebab anda tak payah pening nak bayar sewa bulanan kedai, bil elektrik & banyak lagi, dah jimat modal lagi boleh guna duit tersebut untuk beli emas lagi, lagi & lagi. Lagi yang best, Public Gold turut menawarkan sistem Easy Payment Purchase (EPP) bayaran sebanyak 4 kali bagi yang takda cash RM20K. So yang nak guna sistem ni kena tunggu habis bayar (EPP) dulu baru dapat ambil emas tersebut dari Public Gold. Jika anda nak  info lengkap macam mana guna sistem (EPP) boleh call/SMS saya: 016-8615184 atau email: nalzda@yahoo.com

Mesti nak tahu juga kan apa kelebihan jadi Dealer Public Gold? Sila baca artikel saya yang terdahulu
http://nalzda.blogspot.com/2011/07/kelebihan-menjadi-dealer-public-gold.html Bagi yang dah pernah beli emas dari saya, sudah celik ilmu emas & dah cukup modal jangan lepaskan peluang jadi Tauke Emas. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian takda la pendapatan tambahan J Jumpa Lagi!!

Khamis, 26 Mei 2011

EMAS ADALAH PELABURAN YANG BERDIRI SENDIRI


(By Admin @ publicgoldsarawak)
Semua aset terikat kepada sesuatu, seseorang atau sistem tertentu. Sebagai contoh:
Saham terikat kepada pengurusan dan prestasi syarikat
Bon terikat kepada penerbitnya
Bahkan wang tunai terikat kepada kekuatan kerajaan itu sendiri
Tetapi emas berdiri sendiri kerana ia tidak terikat kepada aset kewangan yang lain. Ia tidak terikat kepada sesuatu, sesiapa atau apa-apa sistem. Jadi ia adalah wang dengan sendirinya!
Tambahan lagi, ia tidak perlu kepada sebarang laporan, rekod atau geran pegangan. Jadi, jika anda tidak memberitahu, tidak seorang pun akan tahu berapa banyak emas yang anda miliki!
Hartanah bukanlah milik kita sepenuhnya
Selanjutnya, emas dapat dimiliki sepenuhnya dalam erti sebenarnya. Ini tidak berlaku dengan beberapa pelaburan seperti hartanah/property. Anda mungkin ingat anda memilikinya, tapi cuba anda elakkan membayar cukai tanah dalam beberapa tahun dan anda akan dapati siapa sebenarnya yang memiliki hartanah itu!
Jawapannya adalah Kerajaan!

Miliki emas untuk simpanan anda sebelum terlambat

Selasa, 17 Mei 2011

EMAS & PERAK SEBAGAI INSTRUMENT SIMPANAN (SAVING)


(Artikel asal oleh : Admin @ publicgoldsarawak.com)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..........
Ok.. Hasil permintaan ramai orang di sini saya memberikan illustrasi secara detail perbezaan jika membuat simpanan dalam wang kertas dan emas.
Sebelum itu, anda semua mesti faham kesan inflasi terhadap nilai matawang kita. Jika anda “kureng faham” tentang implikasi inflasi maka kesedaran anda terhadap emas agaklah kurang.. Malahan menjadi lawak jenaka.. Tidak apa.. Tepuk dada tanya selera..
Saya suka ingin berkongsi apa itu yang dinamakan “kadar inflasi”.  Kadar adalah istilah ekonomi yang merujuk pada perubahan indeks harga. Kadar inflasi suatu negara dinilai berdasarkan tahap kenaikan harga untuk tempoh masa yang tertentu.
Bahasa mudahnya adalah begini:
  1. Harga minyak petrol naik – gaji masih sama, gaji bersih semakin kurang, saving makin berkurangan.
  2. Kalau dah harga minyak naik yang lain-lain (makanan, perkhidmatan, bil elektrik) sudah semestinya naik – gaji masih sama, gaji bersih semakin berkurang, saving makin susut.
  3. Dan seterusnya…. So, dah dapat idea bukan? Ok kita further reading kat bawah..
Kadar inflasi mempengaruhi kuasa beli penduduk dan mampu mempengaruhi struktur dan perkembangan ekonomi sesebuah negara. Dalam bahasa mudahnya, semakin tinggi kadar inflasi di Malaysia contohnya, nilai matawang Malaysia akan semakin mengecil.
Nak betulkannya memerlukan kenaikan gaji atau pun perubahan daripada segi ekonomi itu sendiri. Lain negara lain ragamnya. Kadar inflasi juga sangat berbeza antara satu sama lain. Ada negara yang mencapai 2 digit bagi nilai inflasi malah ada yang lebih daripada itu. Ada juga negara yang mencapai kadar inflasi yang negatif. Ini disebabkan harga harga yang semakin jatuh.
Mari kita buat perbandingan. Kadar inflasi antara negara-negara dunia :
  • Kadar Inflasi Kanada adalah 2.1%
  • Kadar Inflasi Amerika Syarikat 2.9%
  • Kadar Inflasi Iran 17%
  • Kadar Inflasi Venuzuela (18.7) > tertinggi di benua Amerika
  • Kadar Inflasi Norway 0.8%
  • Kadar Inflasi Britain 2.3%
  • Kadar Inflasi Australia > 2.3 %
  • Kadar Inflasi Iran 17%
  • Kadar Inflasi Afghanistan 13%
  • Kadar Inflasi Burma 35%
  • Kadar Inflasi Jepun 0.1%
  • Kadar Inflasi Zimbabwe 12,563%
  • Kadar Inflasi Guinea 23.4%
  • Kadar Inflasi Burkina Faso -0.2%
  • Kadar Inflasi Nigeria 0.1%

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi April 2010 naik sebanyak 1.5 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas tetapi tidak berubah bulan ke bulan. Bagi tempoh Januari-April, IHP meningkat 1.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Tahun ke tahun, indeks makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan masing-masing meningkat 2.2 peratus dan 1.2 peratus, kata jabatan itu.
Bagaimanapun, bagi asas bulan ke bulan, indeks makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan kekal tidak berubah. Bagi asas bulan ke bulan, jabatan itu berkata kumpulan-kumpulan utama menunjukkan kenaikan kecuali pakaian dan kasut (-0.3 peratus) dan komunikasi (-0.3 peratus).
Kenaikan ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah makanan dan minuman bukan alkohol (1.6 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.0 peratus); dan pengangkutan (0.7 peratus). Kenaikan-kenaikan lain ialah minuman alkohol dan tembakau, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan masing-masing pada 2.9 peratus; perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 2.7 peratus; pendidikan 1.8 peratus; restoran dan hotel 1.6 peratus; kesihatan 1.5 peratus; dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah 0.7 peratus. BERNAMA
Ok.. Secara puratanya kadar inflasi di Malaysia adalah 3 peratus setahun. Mari kita lihat justifikasi kesan inflasi.


Kadar Inflasi di Malaysia
“Malaysia merupakan salah sebuah negara yang memberikan subsidi yang banyak di dunia dengan jumlah subsidi sebanyak RM74 bilion pada 2009. Ia meliputi subsidi sosial sebanyak RM24.8 bilion, minyak sebanyak RM23.5 bilion dan makanan sehingga mencecah RM3.1 bilion.
Sementara itu, kaji selidik BNM menunjukkan inflasi akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar tiga peratus selepas 2013.”
SITI RIZADIANA RAHMAT
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
Justifikasi:
Andaikan saving dalam wang kertas: RM100,000
Kadar Inflasi Malaysia setahun:  (3%)
Dalam tempoh sepuluh tahun akan datang:
= RM100,000 –  (3% x 10 tahun)
= RM100,000 – 30%
Kuasa beli susut/hilang sebanyak RM30,000 menjadikan kuasa belinya hanyalah RM70,000 sahaja! Semakin berkurangan!
Bagaimana pula jika anda tukarkan RM100,000 tadi ke dalam bentuk emas?
Andaikan saving dalam bentuk emas: RM100,000
Kenaikan harga EMAS setahun:  (20%)
Dalam tempoh sepuluh tahun akan datang:
= RM100,000 +  (20% x 10 tahun)
= RM100,000 + 200%
Nilai emas RM100,000 yang anda beli hari ini akan menjadi RM300,000.


Sejarah telah membuktikan! Graf Harga Emas dari tahun 2000 sehingga 2011.
Pelaburan Emas & Perak adalah kalis inflasi

  • Kalau beli RM100,000 hari ini dapat dalam 600 gram emas Public Gold. Bulan depan, tahun depan makin sikit ler..
  • Cadangan saya 50-50 .. 50% dalam bentuk emas, selebihnya dalam wang kertas kerana hakikatnya kita masih memerlukan wang kertas dalam kehidupan seharian…
Simpan Dalam Bentuk Dinar (Emas) kalau nak pergi HAJI
Berita baik buat anda semua. Kos Haji Malaysia untuk tahun 2011 tidak jadi naik. Kos terkini kekal pada RM9,980.
Sumber: BERNAMA



Graf – Dinar vs Kos Haji

Kita sambung lagi statistik ini:
Tahun 2010 – 1 Dinar bersamaan RM640 (December)
** Membawa maksud kos pergi menunaikan haji cuma 15 dinar!
Tahun 2011 – 1 Dinar bersamaan RM750++
(ketika artikel ini ditulis sahaja pada April 2011 bersamaan RM690)
** Membawa maksud kos pergi menunaikan haji cuma sekitar 12-13 dinar! Kalau nak lagi best anda beli 50 gram PG Bar InsyaAllah tahun depan cukup untuk tampung kos haji anda!
Jadi di sini, anda nak saving dalam bentuk matawang kertas lagi?

Sabtu, 14 Mei 2011

Untung kah sik loan ngan bank makei beli emas???

Untung atau tidak buat loan untuk beli emas???

(Terjemahan dari Bahasa Sarawak diatas)

 

Beberapa hari ini saya terima beberapa soalan dari rakan2 & pengunjung blog saya melalui email. Diantara soalan-soalan tersebut :

1.       Jika beli emas hari ini bila paling cepat dapat untung?

2.       Cepat kaya tak jual emas macam yang u buat now?

3.       Berapa income bulanan u jual emas?

4.       Untung atau tidak buat loan untuk beli emas?

5.       Bro, i tak cukup modal la, boleh loan dengan u tak? Lama dah kita kawan kan J

 

Ok, biar apapun soalan anda saya akan cuba jawab soalan berdasarkan fakta, logik, sedikit pengetahuan & pengalaman saya bersama rakan2 buat biz emas. Namun saya masih ingat nasihat dari rakan baik saya Mr.Daud ; admin@publicgoldsabah sebelum saya melabur emas dulu  “Lan, if u ada banyak hutang jangan main emas dulu, settle dulu hutang2 u” macam pedas nasihat ini.. hehehe.. tapi bagi saya nasihat yang ikhlas & betul. Kenapa? Sebab Daud taknak saya beli emas hari ini, esok @ minggu depan dah nak jual balik. Macam mana nak dapat untung? Alhamdulillah, saya bukan la tergolong dalam golongan yang dibebani hutang, Tipula cakap takda hutang langsung, saya pun berhutang dengan bank beli kereta tapi hutang2 tersebut bukanlah hutang yang membebankan saya, itulah maksudnya. Perlu saya tekankan disini, Pelaburan emas adalah pelaburan jangka panjang, bukan pelaburan setakat 2-3bulan terus nak kaya, INI BUKAN SKIM CEPAT KAYA!!!

 

Berbalik kepada soalan2 yang diterima, saya akan jawab soalan yang ke 4 kali ni, sebab saya rasa soalan ini paling menarik & akan menambah pengetahuan/pemahaman anda tentang keuntungan pelaburan emas. Artikel asal ditulis oleh admin @ publicgoldsarawak dalam Bahasa Melayu Sarawak. Saya terpaksa terjemahkan kedalam Bahasa Melayu supaya anda semua boleh faham.. Selamat Membaca….

OOOkJ
[au1825nyb.gif]072010
Untung atau tidak jika buat pinjaman bank @ personal loan , anda perlu fikirkan perkara ini terlebih dahulu :

  • Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
  • Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.
Sebelum membaca artikel ini, sediakan pen, kertas kosong, kalkulator, kita akan bermain kira-kira sedikit… Part duit kenala buat kira-kira, betul tak? Teruskan membaca…
ok.. berdasarkan research/kajian, harga segram emas tahun 1994 adalah RM32/gram.. Katakanlah ketika itu anda  nak buat loan RM10,000 dari bank which means anda ingin membeli emas dlm 312.5 gram utk nilai RM10,000 (RM10,000/RM32 = 312.5 gram).. Loan period @ tempoh masa bayar balik paling maksimum pinjaman selama 15 tahun..Katakanlah interest dlm 4-5% pada masa tersebut so after tambah interest jumlah perlu dibayar balik dengan bank dlm RM15,000..

Simpan punya simpan, after 15 tahun which mean tahun 2009 hutang dengan bank dah settle tanpa kita sedar.. Berdasarkan rekod pada Disember 2009, harga emas pada masa itu telah mencapai RM140 segram.. Part ni paling paling best, kira untung… Untuk tempoh 15 tahun tersebut emas telah naik 337.5% [(RM140 -RM32) / RM32 ]x 100%) dari harga tahun 1994..
(harga 1994 = 312.5 gram emas x RM32) = RM10000 + (RM5000 interest) =RM15,000
(harga 2009 = 312.5 gram emas x RM141) = RM44062.50
Untung bersih = (RM44,062.50 – RM15,000.00) = 29,062.50 @ untung sebanyak 193.75%
hah?? Tak percaya? kira balik, padam balik apa yang anda tulis tadi  …


Tuan-tuan dan puan-puan, abang-abang, adik kakak, betullah apa yang anda telah kira tadi, itulah keuntungan yang diperolehi… Menyesal kan tak beli emas pada harga tahun 1994… 
Trend harga emas bagi 5 tahun kebelakangan ini ;
[au1825nyb.gif]
p/s: untung atau tidak? tepuk dada tanya SENDIRI J