Ahad, 8 Mei 2011

Perbandingan Emas Pelaburan yang SAH di Malaysia (Terkini)

(By admin@publicgoldsabah)
Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur emas disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:
1.    Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
2.    Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik dapat guna Teknik Ar-Rahnu
3.    Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9
4.    Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
5.    Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
6.    Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.


Perbandingan / Comparison

Terdapat beberapa pembaca yang mahu saya catatkan sedikit analisis berkenaan untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat:-


Kijang Emas

•    Kijang Emas Maybank
•    Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu.
•    Spread 1oz (4%), 1/2oz (6%), 1/4oz (8%) (source BNM Website)
•    Tidak boleh lock harga.
•    Tidak boleh booking.
•    Perlu dapatkan sendiri di Maybank.
•    Stok sering habis.





UOB Bank atau United Overseas Bank


•    Boleh dibeli di UOB Utama sahaja.

•    Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
•    Perlu dapatkan sendiri di Bank OUB, 9:00 pagi hingga 4.30 petang (iaitu waktu pejabat sahaja, kalau cuti atau sabtu, ahad memang tidak buka).
•    Stok sering/selalu habis
•    Mesti bawa resit asal masa jual balik
•    Tidak boleh buka sarung
•    Tidak beli semula jika tercalar/bengkok atau patah!!




PAMP Suisse
PAMP bererti "Produits Artistiques Métaux Précieux" iaitu dalam bahasa Perancis, yang memberi maksud dalam bahasa inggeris iaitu artistic, precious metals products.
•    Boleh dibeli di kedai emas tertentu. Kalau di Kuching ada dijual di Kedai Habib Jewel, Spring. Di Sabah: (1)Habib Jewels - Suria Sabah Shopping Mall, (2) Habib Jewels - 1 Borneo Hypermall
•    Spread antara 10%-30% mengikut kedai.
•    Kalau buka sarung akan tolak harga.
•    Kalau emas minting ada upah atau 'workmanship cost' & kalau emas casting tidak ada 'workmanship cost'


Kuwait Finance House (Gold Account)


Kelebihan KFH Gold Account-i
•    Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 950)
•    Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
•    Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.
Kekurangan KFH Gold Account-i
•    Kualiti emas 950 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya mempunyai ketulenan 999.
•    Spread RM6 segram (sederhana tinggi)
•    Cawangan yang amat TERHAD
•    Emas boleh dibeli dan dijual ketika waktu pejabat KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
•    Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
•    Tak boleh digadaikan kerana jongkong emas di 'laminate', jadi anda tak boleh membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.
•    Jika boleh digadai sekalipun akan menggunakan kadar atau 'rate' emas 950 sahaja


Bunga Raya



•    Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja.
•    Spread 15%-25%.
•    Buka sarung tolak harga.


Barang Kemas



•    Boleh dibeli di mana-mana kedai emas.
•    Harga tinggi berbanding pasaran.
•    "Spread" atau Susut Nilai 20%-40%
•    Tidak boleh dikategorikan sebagai Emas Pelaburan.
•    Emas Perhiasan walaupun tidak dipakai, kemudian dijual kepada kedai tetap akan dipanggil sebagai EMAS TERPAKAI!!!. Oleh itu barang kemas tidak boleh dikategorikan sebagai EMAS PELABURAN.



Public Gold, Public Dinar, Public Silver & Public Jewellery.
  
•    Boleh dibeli daripada mana-mana agen di seluruh Malaysia.
•    Spread 5%-6% sahaja
•    Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama.
•    Boleh booking dan lock harga 24 jam.
•    “Independent Assayer” yang SAH di Malaysia
•    Emas 999.9 – 10g,20g, 50g, 100g & 250gram
•    Dinar Emas – 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar
•    Jongkong Perak – 250gram, 500gram & 1 kilogram

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.