Khamis, 26 Mei 2011

EMAS ADALAH PELABURAN YANG BERDIRI SENDIRI


(By Admin @ publicgoldsarawak)
Semua aset terikat kepada sesuatu, seseorang atau sistem tertentu. Sebagai contoh:
Saham terikat kepada pengurusan dan prestasi syarikat
Bon terikat kepada penerbitnya
Bahkan wang tunai terikat kepada kekuatan kerajaan itu sendiri
Tetapi emas berdiri sendiri kerana ia tidak terikat kepada aset kewangan yang lain. Ia tidak terikat kepada sesuatu, sesiapa atau apa-apa sistem. Jadi ia adalah wang dengan sendirinya!
Tambahan lagi, ia tidak perlu kepada sebarang laporan, rekod atau geran pegangan. Jadi, jika anda tidak memberitahu, tidak seorang pun akan tahu berapa banyak emas yang anda miliki!
Hartanah bukanlah milik kita sepenuhnya
Selanjutnya, emas dapat dimiliki sepenuhnya dalam erti sebenarnya. Ini tidak berlaku dengan beberapa pelaburan seperti hartanah/property. Anda mungkin ingat anda memilikinya, tapi cuba anda elakkan membayar cukai tanah dalam beberapa tahun dan anda akan dapati siapa sebenarnya yang memiliki hartanah itu!
Jawapannya adalah Kerajaan!

Miliki emas untuk simpanan anda sebelum terlambat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.