Rabu, 4 Mei 2011

ILMU EMAS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…
Bila lama dah tak menulis diblog ni rasa kekok juga, mana tidaknya kali terakhir saya menulis diblog pada Disember 2008. Masa tu tengah rancak buat bisnez pelaburan berasaskan pulangan setiap bulan (Dahsyat.. jika pulangan setiap bulan tu masih saya terima sekarang mungkin saya dah bergelar jutawan muda beberapa tahun lepas). Nak setting balik blog ni kelmarin pun sedikit pening sebab banyak fungsi dah upgrade, mujur ada bantuan Bro Daud (admin @ publicgoldsabah) walaupun dia di Kuching & saya di K.Kinabalu tak menjadi masalah dah namanya zaman teknologi IT. :)

Berbalik pada cerita saya beberapa tahun lepas, adat perniagaan ada masanya mungkin kita tersilap dalam memilih untuk membuat pelaburan yang betul. Jika tiada kesilapan dimasa lalu maka tiadalah kejayaan hari ini. Kalau nak diceritakan pengalaman dalam perniagaan/pelaburan, umur saya pun baru masuk 27 tahun, nak dibandingkan dengan kawan-kawan saya yang dah berpuluh-puluh tahun dalam bidang perniagaan memang banyak lagi yang saya kena belajar.

Sebab itu saya suka berkawan dengan orang yang berjaya, orang yang berilmu sebabnya kejayaan dan ilmu yang kawan kita ada itu InsyaAllah dengan izin-Nya akan terturun pada kita. Jangan silap pilih kawan, sememangnya kenyataan bila kita berkawan dengan orang yang gagal, kita pun akan turut gagal, berkawan dengan orang yang malas kita pun akan jadi pemalas. Setiap orang punya impian untuk berjaya, namun tidak setiap orang yang nak berjaya itu berusaha untuk mendapatkan kejayaan. Selalunya mengeluh, merungut “kenapa sampai hari ni aku tak kaya-kaya”. Itu memang ayat yang biasa didengar.

Nak dijadikan cerita, asal blog ni dulu (2008) dia punya kata-kata azimat “Jalan Menuju Kejayaan” memang menarik & saya pun memang betul-betul hampir dah dengan kejayaan masa tu, “hehehee” apakan daya… namun saya sempat juga merasa hasil daripada perniaagaan tersebut walaupun tak berkekalan sampai ke hari ni. Kenapa? Jawapannya mudah, tak cukup ilmu. Jadi takkan nak sambung belajar lagi? penat dah dari umur 6 tahun sampai dapat kerja asyik nak belajar & buka buku. Ya. Memang itu la sebabnya kita selalu gagal, sebab tak cukup ilmu. Namun begitu kita punya banyak pilihan, tak semestinya nak berjaya ni kena buat master, ambik PHD, tapi jika ada peluang nak buat, teruskan!! memang itulah jalan yang sebenarnya.

Nak ambik ilmu ni ada banyak cara, contoh paling mudah saya sendiri, dulu saya cuma tahu Emas ni benda yang berharga/mahal. Jika saya tak baca buku, baca blog, website, buat analisis tentang emas, macam mana saya nak buat pelaburan emas? Paling penting kena cari orang yang memang dah buat perniagaan/pelaburan emas. Disinilah tempat kita belajar. Apa-apa sahaja teknik untuk jadikan pelaburan emas itu sebagai pendapatan tambahan atau aset adalah ILMU. Bila ada ilmu barulah boleh buat pelaburan emas & bila ada emas barulah boleh buat DUIT. Hari ni saya tak ceritakan dulu bagaimana saya mula-mula terbuka hati nak buat pelaburan emas. Saya akan kongsikan lagi dengan anda bagaimana cara-cara nak buat duit dengan emas. So rajin-rajinla jenguk blog saya . Jumpa lagi!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.