Khamis, 5 Mei 2011

ILMU EMAS II

Alhamdulillah, tak sangka pula lama dah tak berblog ni ramai juga rakan-rakan yang sudi jenguk blog saya ni. Sehingga jam 600 petang 4/5/2011 lebih 100 orang telah view balik blog saya yang dah lebih 2 tahun tak kena update. Macam-macam respon diemail saya terima kenapa tiba-tiba aktif berblog balik, jawapan saya mudah sebab sekarang dah berniaga emas. Kalau saya tak ada blog susah rakan-rakan yang sudah & nak beli emas dari saya dapat info terkini. So bila dah ada balik blog ini senang la rakan-rakan/customer nak rujuk jika ada apa-apa info penting.

Ok, berbalik pada cerita Ilmu Emas yang saya tulis kelmarin, saya mula membaca pasal emas ni pada penghujung tahun 2010(agak lewat), masa tu tak terbuka lagi dihati nak keluarkan modal pertama beli emas fizikal. Saya masih tercari-cari lagi macam mana dengan hanya simpan emas boleh jana pendapatan.

Saya mula aktif cari bahan bacaan diinternet & buku-buku. Banyak website menarik yang saya jumpa & tidak ketinggalan website yang menawarkan Skim Pelaburan Emas (INI YANG BAHAYA) tak perlu la saya ceritakan panjang pasal skim-skim cepat kaya ni, sebab hanya gelaran nama saja skim cepat kaya, orang yang dah join takkan kaya-kaya malah ada yang makin cepat miskin. Nasihat saya, jika anda nak join atau buat apa-apa pelaburan tentang emas perkara yang paling penting perlu dilakukan  adalah semak maklumat pendaftaran Syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. Anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/ Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan. Kenapa? Sebab dulu jika nak join apa-apa bisnez atau peluang perniagaan perkara pertama yang selalu kita tengok adalah berapa peratus Syarikat bayar balik pada kita setiap bulan (Dahsyat..) hehehe… 


Sekarang apa yang paling penting sebelum buat apa-apa pelaburan adalah semak maklumat pendaftaran Syarikat tersebut. Jadi kepada rakan-rakan yang nak join bisnes atau buat pelaburan, perkara pertama yang patut dilakukan adalah memastikan pelaburan yang kita sertai adalah selamat dan sah disisi undang-undang. Bersambung pada artikel setersunya……..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.