Sabtu, 14 Mei 2011

Untung kah sik loan ngan bank makei beli emas???

Untung atau tidak buat loan untuk beli emas???

(Terjemahan dari Bahasa Sarawak diatas)

 

Beberapa hari ini saya terima beberapa soalan dari rakan2 & pengunjung blog saya melalui email. Diantara soalan-soalan tersebut :

1.       Jika beli emas hari ini bila paling cepat dapat untung?

2.       Cepat kaya tak jual emas macam yang u buat now?

3.       Berapa income bulanan u jual emas?

4.       Untung atau tidak buat loan untuk beli emas?

5.       Bro, i tak cukup modal la, boleh loan dengan u tak? Lama dah kita kawan kan J

 

Ok, biar apapun soalan anda saya akan cuba jawab soalan berdasarkan fakta, logik, sedikit pengetahuan & pengalaman saya bersama rakan2 buat biz emas. Namun saya masih ingat nasihat dari rakan baik saya Mr.Daud ; admin@publicgoldsabah sebelum saya melabur emas dulu  “Lan, if u ada banyak hutang jangan main emas dulu, settle dulu hutang2 u” macam pedas nasihat ini.. hehehe.. tapi bagi saya nasihat yang ikhlas & betul. Kenapa? Sebab Daud taknak saya beli emas hari ini, esok @ minggu depan dah nak jual balik. Macam mana nak dapat untung? Alhamdulillah, saya bukan la tergolong dalam golongan yang dibebani hutang, Tipula cakap takda hutang langsung, saya pun berhutang dengan bank beli kereta tapi hutang2 tersebut bukanlah hutang yang membebankan saya, itulah maksudnya. Perlu saya tekankan disini, Pelaburan emas adalah pelaburan jangka panjang, bukan pelaburan setakat 2-3bulan terus nak kaya, INI BUKAN SKIM CEPAT KAYA!!!

 

Berbalik kepada soalan2 yang diterima, saya akan jawab soalan yang ke 4 kali ni, sebab saya rasa soalan ini paling menarik & akan menambah pengetahuan/pemahaman anda tentang keuntungan pelaburan emas. Artikel asal ditulis oleh admin @ publicgoldsarawak dalam Bahasa Melayu Sarawak. Saya terpaksa terjemahkan kedalam Bahasa Melayu supaya anda semua boleh faham.. Selamat Membaca….

OOOkJ
[au1825nyb.gif]072010
Untung atau tidak jika buat pinjaman bank @ personal loan , anda perlu fikirkan perkara ini terlebih dahulu :

  • Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
  • Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.
Sebelum membaca artikel ini, sediakan pen, kertas kosong, kalkulator, kita akan bermain kira-kira sedikit… Part duit kenala buat kira-kira, betul tak? Teruskan membaca…
ok.. berdasarkan research/kajian, harga segram emas tahun 1994 adalah RM32/gram.. Katakanlah ketika itu anda  nak buat loan RM10,000 dari bank which means anda ingin membeli emas dlm 312.5 gram utk nilai RM10,000 (RM10,000/RM32 = 312.5 gram).. Loan period @ tempoh masa bayar balik paling maksimum pinjaman selama 15 tahun..Katakanlah interest dlm 4-5% pada masa tersebut so after tambah interest jumlah perlu dibayar balik dengan bank dlm RM15,000..

Simpan punya simpan, after 15 tahun which mean tahun 2009 hutang dengan bank dah settle tanpa kita sedar.. Berdasarkan rekod pada Disember 2009, harga emas pada masa itu telah mencapai RM140 segram.. Part ni paling paling best, kira untung… Untuk tempoh 15 tahun tersebut emas telah naik 337.5% [(RM140 -RM32) / RM32 ]x 100%) dari harga tahun 1994..
(harga 1994 = 312.5 gram emas x RM32) = RM10000 + (RM5000 interest) =RM15,000
(harga 2009 = 312.5 gram emas x RM141) = RM44062.50
Untung bersih = (RM44,062.50 – RM15,000.00) = 29,062.50 @ untung sebanyak 193.75%
hah?? Tak percaya? kira balik, padam balik apa yang anda tulis tadi  …


Tuan-tuan dan puan-puan, abang-abang, adik kakak, betullah apa yang anda telah kira tadi, itulah keuntungan yang diperolehi… Menyesal kan tak beli emas pada harga tahun 1994… 
Trend harga emas bagi 5 tahun kebelakangan ini ;
[au1825nyb.gif]
p/s: untung atau tidak? tepuk dada tanya SENDIRI J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.