Jumaat, 6 Mei 2011

Apa itu inflasi?

Malam tadi tak sempat nak tulis artikel baru, bagi yang mengikuti harga emas & silver rasanya ramai yang tak tidur malam tadi nak lock harga termasuk saya sendiri : ) Belum terlambat lagi bagi yang belum pernah beli emas fizikal Public Gold & sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk lock harga. Boleh SMS @ email pada saya untuk keterangan lanjut & lock harga. (Anda boleh semak harga semasa emas Public Gold dibahagian sebelah kanan blog ini). Nasihat saya belilah emas hari ini selagi harganya masih mampu untuk kita beli/miliki. Hari ni saya nak syer 1 artikel berkenaan inflasi hasil catatan admin @ publicgoldsabah untuk perkongsian pengetahuan kita bersama. Selamat membaca.....


Apa itu inflasi? Inflasi yang memainkan peranan berkaitan duit yang anda simpan (samada di bawah tilam anda, dalam bilik, dalam peti besi, dalam bank, dalam poket dan sebagainya). Andaikan anda mempunyai RM10,000 yang disimpan elok di bawah tilam di rumah. cuba kira nilainya selepas 10 tahun?




Duit yang anda simpan itu masih menunjukkan jumlah RM10,000. Sekiranya anda memanggil 10 orang dan menyoal berapakah nilai duit anda yang disimpan sejak 10 tahun lalu, apakah jawapan mereka????

Jawapan yang diberitahu oleh mereka selepas mengira sahaja adalah RM10,000. TETAPI, sekiranya anda menanyakan soalan itu kepada pihak bank ataupun orang yang arif dalam perancangan kewangan , mereka menjawab secara spontan iaitu, "Nilainya kurang daripada RM10,000." Bagi mendapat jawapan yang tepat, mereka memerlukan data berkaitan inflasi sepanjang 10 tahun yang lalu dan mesin kira.








Kadar Inflasi (%)10 Tahun (RM)15 Tahun (RM)20 tahun (RM)25 Tahun (RM)
2
8,1717,3866,6766,035
46,6485,4214,4203,604
65,3863,9532,9012,129
84,3442,8631,8871,244
103,4872,0591,216718
122,7851,470776409



Inilah jawapanya iaitu RM6,648 sekiranya kadar inflasi secara puratanya adalah 4% setahun.


Disini diterangkan apa yang dikatakan dengan inflasi. Pada 8 tahun yang lalu, anda dapat membeli sebungkus nasi lemak telur dan segelas air sirap dengan RM1.50.TETAPI pada hari ini, anda hanya mampu membeli segelas air sirap dengan RM1 dan RM1.50 bagi sebungkus nasi lemak. Anda terpaksa membayar RM2.50 bagi kedua-duanya. Jadi duit anda itu suda mengecil nilainya, ia sudah dimakan oleh inflasi.

Katakan gaji anda adalah RM4,000. Pada awal tahun ini, anda mendapat kenaikan sebanyak 2%, jadi gaji baru anda adalah RM4,080. Katakan kadar inflasi pada tahun tersebut adalah pada tahap 3.5%, jadi nilai sebenar gaji anda adalah RM3,937 ( = RM4,080 -(RM4,080 x 3.5%) lebih rendah daripada sebelum kenaikan. Anda selamat sekiranya nilai kenaikan gaji anda melepasi kadar inflasi.

Apa kadar inflasi di Malaysia?
  
March 30, 2011: KUALA LUMPUR 28 Mac - Kadar inflasi negara pada tahun ini diunjur berada pada sekitar 3.0 dan 3.5 peratus, dijangka melonjak lebih pantas pada separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi global.
(daripada sumber Utusan Malaysia & akhbar-akhbar tempatan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.