Ahad, 11 September 2011

Keuntungan Menjadi Dealer Public Gold

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan-rakan Muslim. Semoga anda semua sentiasa sihat & gembira bersama keluarga tersayang.

Terima kasih kerana masih sudi menjenguk blog yang saya wujudkan untuk perkongsian ilmu mengenai pelaburan emas yang sah & selamat. Hari ini saya telah selamat kembali ke Kota Kinabalu setelah hampir  sebulan saya bercuti panjang di Sarawak. Kata orang “FEEL” raya masih di kampung lagi, bila dah berkumpul semua sanak saudara rasa berat betul nak kembali ke perantauan. Apakan daya demi tugas & tanggungjawab kepada agama, bangsa & Negara kampung halaman sekali lagi terpaksa ditinggalkan... wah wah...

Ok, semasa beraya di kampung saya seperti biasa menerima panggilan, SMS & Email rakan-rakan yang nak LOCK harga emas. Takde masalah sentiasa dilayan & rakan-rakan disekitar Kota Kinabalu yang dah buat payment boleh call saya sekarang. Semua stok-stok anda dah selamat saya sumbatkan di “Safe Deposit Box ”. Seperti biasa semua stok kena simpan di “SDB” dulu. Buat rakan-rakan yang dah banyak simpan Emas Fizikal ingat pesanan saya sebelum ni “ JANGAN simpan Emas dalam kuantiti yang banyak di rumah”. Nak lebih selamat ikut cara saya simpan semuanya  di “SDB” InsyaAllah tidur nyenyak.

Hari ni saya nak bercerita tentang kelebihan menjadi Dealer Public Gold (topik ulangan). Kenapa? Sebab semasa saya jumpa rakan-rakan lama di kampung, inilah soalan yang banyak kali saya terima. Diantara 3 keuntungan UTAMA  yang saya dah dapat sebagai Dealer :



1.       Komisyen :
Normal Dealer – 1% Komisyen
Priority Dealer – 1.5% Komisyen
Master Dealer – 2% Komisyen
Disebabkan sekarang saya berstatus Priority Dealer saya mendapat komisyen sebanyak 1.5% setiap kali saya “Lock” harga emas. Contohnya saya beli emas bernilai RM20,000 saya akan dapat komisyen sebanyak RM300. Saya pernah dapat beberapa pertanyaan dari rakan-rakan yang baru mengenali pelaburan emas mengenai anggapan mereka tentang komisyen yang kecil ini & jawapan saya adalah:
  • -         Jika anda beli emas di kedai luar sana pernah dapat komisyen tak? Jangan  kata komisyen dikenakan “workmanship” lagi.
  • -        Harga emas Public Gold adalah diantara harga emas yang PALING MURAH di Malaysia. Anda boleh layari  http://www.fgjam.org.my/ untuk buat perbandingan dengan harga-harga emas di Malaysia.
  • -          “SPREAD” harga emas Public Gold adalah yang terendah di Malaysia. Tahu tak apa SPREAD? Jika tak tahu sah-sah belum tahu lagi pasal pelaburan emas. SPREAD adalah susut nilai harga. Semakin kecil “SPREAD” semakin cepat anda jana keuntungan.

2.       Capital Gain = Kenaikan Nilai.
Contohnya pada awal Januari 2011 anda telah membeli emas berharga RM100,000. Berdasarkan purata tahunan kenaikan harga emas adalah sekitar 20-30% setahun. Andainya tahun ini kenaikan harga emas adalah sebanyak 30% keuntungan anda adalah sebanyak RM30,000. Banyak tak? Harus diingat andaian kenaikan harga 20%-30% ini adalah sebagai contoh sahaja dengan mengambil kira purata kenaikan harga emas tahunan.

3.       Untung “Buy Back”.
Ini yang paling saya suka. Bila menjadi Dealer Public Gold anda akan menjual emas kepada pembeli. Bila dah menjual anda kena bersedia untuk beli balik atau ‘’buy back’’. Contohnya, pagi ini saya terima panggilan dari pembeli emas saya setahun yang lepas (jual balik gold bar 100g), jadi saya akan beli harga emas tersebut mengikut harga “PG Buy” iaitu RM18479.
Lihat harga 100g pada bulatan merah


Pada sebelah petangnya pula saya terima panggilan dari pembeli baru (nak beli gold bar 100g). So saya akan jualkan pada harga “PG Sell” iaitu RM19452 tambah kos pengangkutan sebanyak RM60 & jumlahnya adalah RM19512. Saya membeli pada harga RM18479 dan menjual semula pada harga RM19512 (pada hari yang sama). Sekelip mata sahaja saya dah dapat untung sebanyak RM1033. Bagaimana jika dalam sehari boleh berlaku 3 hingga 5 kali ‘’buy back’’?
Lihat harga 100g pada bulatan merah


Sekiranya anda bergelar Pelabur anda hanya mengharapkan keuntungan daripada kenaikan harga emas. Sebagai contoh pada awal Januari 2011 anda telah membeli emas bernilai RM10,000. Katakanlah kenaikan harga emas pada tahun ini adalah sebanyak 30% keuntungan anda adalah sebanyak RM3000. Mudah kan?

Bagi yang dah mendalami Ilmu Emas & cukup modal saya nasihatkan anda menjadi Dealer Public Gold. InsyaAllah sekiranya anda menyertai rangkaian KeRajaaN EMaS saya akan membimbing anda bagaimana langkah pertama anda sebagai Dealer & seterusnya. Untuk pengetahuan anda Rangkaian KeRaJaaN EMaS adalah juga merupakan rangkaian Public Gold Sarawak (Group).

Hubungi saya hari ini juga 016-8615184 sebelum harga emas semakin tinggi meninggalkan anda. Jumpa lagi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.