Ahad, 26 Jun 2011

Jenis-Jenis Pelaburan di MALAYSIA.... manakah satu pilihan ANDA!!!

(By admin@publicgoldsabah.com)

Dimana nak MELABUR?


Hari ini saya nak bercerita tentang pentingnya pelaburan. Untuk sesi ini, saya kongsikan maklumat yang saya tahu berdasarkan pengetahuan tak seberapa saya yang suka ambik tahu pasal pelaburan.

1) Labur dalam bank – ni pun kira melabur, paling senang, duit gaji anda guna ada balance biar jer dalam bank. Ulang setiap bulan. Akan dapat dividen, dividen bergantung kepada bank tapi dividen dia adalah sangat kurang. Tak lebih 3% jer roughly. No wonder Bank boleh offer, BLR – 2.xx untuk loan rumah. Dividen rendah, tak payah simpan kat bank laaa

2) Labur Dalam Koperasi – macam2 koperasi ada (polis, tentera, felda, guru, telekom, pos dsb) problemnya tak semua orang boleh selamba2 masuk, contohnya hanya polis boleh masuk koperasi polis. Setahu aku koperasi yang bagi return tinggi ialah koperasi felda dan off course koperasi bank rakyat dgn dividen 15%. Kalau layak jadi ahli untuk koperasi yang ada track record pulangan dividen above 8%, bolehlah melabur dalam koperasi. Lagi advantage boleh buat potongan gaji dan koperasi menawarkan pinjaman dengan kadar interest yang rendah

3) Simpan Dalam Tabung Haji – Ni pun bagus, selain boleh dapat 'queue' untuk pegi haji, pulangan tabung haji adalah konsisten above 6%. What’s more, tidak payah nak risau pasal zakat kerana Tabung Haji sudah bayarkan zakat. Kira OK juga ni ...

4) Labur dalam ASB dan produk PNB (ASW, ASN, AS 1Malaysia) – ASB mempunyai rekod pulangan paling tinggi iaitu lebih 7% setahun, ASW pun tinggi dan konsisten jugak. ASN dan AS1 Malaysia turut beri pulangan yang kompetitf.
Kelebihan ASB dan ASW ni ialah ia boleh dibuat Overdrat (OD). Dengan kemudahan OD ini, aku sangat galakkan (sebab aku sendiri kalau ada duit lebih aku simpan jer kt ASB) untuk korang melabur dalam ASB sampai penuh kuota 200k pastu baru simpan dalam ASW pulak

5) Labur dalam Unit Trust – Yang ni anda bagi duit kepada syarikat pengurus dana kewangan (mcm Public Mutual, pru fund mgmt, CIMB wealth advisor), syarikat akan uruskan dengan berberapa peratus charge (biasanya 5.5%) dari nilai yang anda serahkan. Katakan anda simpan rm100k, pihak unit trust akan ambik 5.5k dan hanya 94.5k sahaja yang akan dilaburkan.

Kalau ikutkan agen2 unit trust, nak nampak pulangan invest dalam unit trust kene peram 3 hingga 5 tahun. Obviously simpan 1 tahun for sure rugi. Actually even after 3-5 year pun belum tentu pulangan dia banyak. Tengok nasib laa jugak, kalau fund yang anda labur duit anda tu perform ok la. Rata2 aku tanya rakan sekeliling yang pernah invest unit trust, rata2 kata tak berbaloi dan merugikan .

Member saya sendiri ada melabur dalam Public Mutual menggunakan skim EPF. Dia dah invest RM2400 untuk dua (2) tahun lepas, tapi hari tu dia dpt penyata dalam RM2434, setelah 4 tahun simpan .... mcm rugi je ... 

Nak tahu cerita lanjut tentang cth Unit Trust, Public Mutual. Public Mutual BUKAN SUATU SIMPANAN. Ia merupakan satu bentuk pelaburan dalam saham amanah. Jika saudari beli hari ni dan berhasrat mendapatkan balik duit Sdri (samada untung atau rugi) ia memerlukan "tempoh bertenang" selama 2 minggu. Dengan lain perkataan, bukan seperti ASB masuk hari ini, sebentar lagi boleh dikeluarkan kesemuanya, sdri perlu menunggu 2 minggu sebelum mendapat CEK hasil penjualan saham amanah Public Mutual sdri. Selain drpd itu ASB adalah suatu produk saham amanah yang digerenti modalnya tak kurang RM1.00(dollar to dollar). Manakala Public Mutual pula tidak menjanjikan apa2, dengan kata lain, ianya akan turun-naik. Yang pasti sebaik Sdri membeli Public Mutual, Sdri akan kehilangan modal tak kurang RM0.05 (5 sen) akibat "fee" belian. 

Selain drpd "entrance" fee, ada juga fee yg lain yg dikenakan ke atas para pelabur. Antaranya adalah "maintenance fee", "management fee" dan "exit fee". Jumlahnya bergantung kepada "fund" yang berkenaan. Pelaburan saham amanah termasuk Public Mutual banyak berkait kepada pasaran saham, bergantung kepada jenis bentuk pelaburan sesebuah "fund", ada juga "fund" yg menfokuskan pasaran saham luar negara. Pelaburan saham amanah ada risiko. Rata-rata unit saham amanah Public Mutual memberi pulangan kurang drpd 8%(lapan peratus). Suatu ketika dulu ramai yg menjerit dan terkedu kerana banyak pelaburan EPF mereka yg dilaburkan di unit amanah hilang nilai. Mana tidaknya harga belian RM1.00 ada di antara saham amanah sekarang ini harganya cuma RM0.10 (10 sen).

Satu perkara yg pasti adalah hanya "agen" jualan saham amanah ini yang UNTUNG. Kenapa tidak, minimum komisen terhadap penjualan saham amanah adalah 2.5%-4.5%, jika lebih tinggi taraf seseorang itu, tinggi lagi komisennya. Secara peribadi, saya tidak menggalakkan pembelian saham amanah atau unit trust.

6) Simpan dalam bentuk EMAS – Ada 2 PILIHAN:
1) Buka Buku Simpanan Emas mcm Gold Investment Account, Maybank atau Kuwait Finance House dan sebagainya
2) "EMAS FIZIKAL" dalam seperti barang kemas (emas perhiasan), jongkong emas atau dinar. Contoh yang saya boleh bagi adalah seperti Dinar Kelantan or Emas keluaran "Public Gold".

Konsep dia ada harga jualan ada harga belian. Beza harga jualan dgn harga belian sekitar 6%. Katakan harga belian 1 gram rm100, harga jualan ialah rm106.
Kalau beli hari ni esok jual pun rugi, ko beli kt public gold harga m106, esok ko jual, public gold akan beli dgn harga rm100. Rugikan?

Macam kita sedia tahu, emas walaupan ada turun naik tapi in the long run harga dia likely akan naik. Nak buat profit kene tunggu laa harga naik.

Contoh beli pada 1 JAN 2010, harga jualan rm106
Jual pada public gold 31 DEC 2010, harga belian ialah m130,
Kira untung rm130 – 106/106 = 24.5%Tengok harga emas jugak. Disadvantage, xde compound interest. Emas kekal pada 1 gram dan harap pada kenaikan harga emas itu sendiri

Tapi certain pelaburan emas (mcm public gold) ada beri peluang untuk jadi dealer yang mana anda boleh dapat komisyen 1.0% (Normal Dealer) / 1.5% (Priority Dealer) dari harga emas yang anda jual.

Saya sendiri dah melabur emas tahun ni ... kita tengok hasil 2012 nanti :-) ..



7) HARTANAH – This is what I favour the most!! Robert Kiyosaki, Donald Trump, Milan Doshi dengan Azizi Ali pun recommend agar melabur atau invest dalam property atau hartanah. Property ni termasuk rumah kediaman, shop lot, kilang, resort atau homestay. Dapat keuntungan melalui sewa bulanan, normally giving the right location, harga rumah akan naik dan boleh buat untung bila jual rumah tu. 

Nak invest dalam property modal kene modal byk, itu yang paling utama, lokasi pilihan juga perlu tepat. Dalam memilih lokasi mmg kena trust judgement sendiri, kalau ikut agen jual rumah or agen rumah lelong, likely semua lokasi bagus. Bagus jugak tanya judgement orang yang tak ada kepentingan. 

Even beli rumah untuk duduk sendiri merupakan satu investment, harga rumah akan terus naik, kalau lambat beli, dah waste duit bayar sewa dan bila dh beli, harga makin tinggi dan lokasi makin jauh

Nak beli property aku suggest simpan sebanyak mungkin dalam ASB, dah cukup baru buat OD, barulah guna duit tu utk beli.

Satu perkara lagi, kalau beli property untuk orang yang tak berapa kaya mesti berhutang, kalau berhutang tu mesti dia tengok gaji bulanan kita. Disitu pentingnya active income yang strong.

Risiko property tetap ada, kene tahu cara nak minimize risiko, rajin2 membaca dan bertanya.

8) SAHAM – Aku nampak ada dua jenis cara invest dalam saham. Yang pertama, beli saham beberapa lot, pegang, tiap2 tahun ambik dividen. Dividen ni depend ikut prestasi syarikat, kadang2 ada company yang bagi 2 tahun sekali. Yang kedua main jual beli, Konsep dia beli time rendah dan jual pada harga tinggi, memang kene sentiasa alert dgn sentiment harga nak naik, harga nk turun. Kes pertama, pulangan ikut prestasi syarikat, kalau ok, oklah. Yang kedua, lebih kepada engkau dgn knowledge masa harga turun naik, timing and luck pun penting.

Saham ni high risk high return, kalau takdak ilmu, kalau takder sifu guide, janganlah cuba. Lagi satu, duit perlu banyak jugak untuk bermula. Dan bila dh mula kene laa ready untuk loss the money kalau rugi, tp kerugian tu akan berguna sebagai pengajaran

9) CPO – Crude palm oil, saya tak tau sangat. 

10) FOREX – Aku pernah try benda ni...kecundang RM20K :-) ... tapi ade orang yang boleh berjaya benda ni. Tapi BANK NEGARA tidak pernah approve FOREX. Semua kegiatan FOREX berlaku diluar negara...untuk kes saya...saya selalu bank-in duit guna Western Union, CIMB. then TT kat Hong Kong. Mungkin sebab cara promote forex tu kata bleh untung banyak (mcm scam jer bunyinyer) dan kisah yang aku dgr ramai gak yang rugi. Mcm biasa, high risk, high return.

11) Bisnes – Ada duit cukup try meniaga, meniaga kain, meniaga burger. contoh burger, modal rm1.50, bleh jual rm2.50, untung 67% kan? Sini kuantiti jadi sandaran. untung 67% tapi terjual cuma sebijik bege pun tak guna jugak. Rappo baik dgn pelanggan, burger sedap, bleh jual 1 ratus burger sehari, dh boleh untung rm100. kalau bisnes 20 hari, tak ker dapat rm2k tu

12) Beli Tanah - Beli tanah dan buat project, kalau beli tanah peram jer, likely akan merugikan. Project, project ,project - jadikan tanah kediaman ke, perladangan ke, komersial ker. Pasal buat duit dgn tanah, kene berguru dgn Sifu Hafizal aka JuruUkur

13) Invest dalam insuran - Last but not least, different league sebenarnya, tapi kita still pasal simpan duit kat sesuatu tempat.For the first 7 year premium bulanan kita akan terbahagi kepada 2 akaun which is akaun kalau apa2 terjadi lagi satu akaun simpanan. Likely memang kalau kira pulangan at the end, memang compounding interest is less than 1% annual (seingat aku la coz aku pernah mintak seorang agent simulate kat aku). Tapi, bukan itu matlamat insuran, it’s a protection, kalau ko mati or ko lumpuh, insuran bayar sedebuk kat ngko. Nak tahu lebih lanjut atau ambil insuran, kontek la pejabat-pejabat insuran yang terdekat dengan tuan puan.

Lastly, jangan masuk skim cepat kaya ataupun penipuan (font menyerlah dan bold maknanya sangat penting). Paling senang nak detect, janji pulangan lebih 15% dan orang yang promote bagai nak gila punya promote. Skim2 ternakan ker perladangan jenis ambik duit tolong usahakan pun jenis menipu, kandang takder ladang takder, yang ader duit korang utk dibawak lari. Kalau nak ternak udang, sendiri beli tanah, sendiri ternak sendiri jual, kalau nak usahakan sawit, beli tanah, tanam sawit, sendiri jual sawit tu


Sekian, sila tambah kalau ada terkurang, sila betulkan kalau ada salah. HAPPY INVESTING :))

Selasa, 14 Jun 2011

BULAN JUN 2011: SEMINAR PELUANG PERNIAGAAN EMAS PELABURAN BERSAMA PUBLIC GOLD

SNIN
20/06/2011
8.00 PM– 10.00 PM
(2000 - 2200 hrs)
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public GoldKota Kinabalu, SabahHotel Promenade
Kota Kinabalu
(Tingkat 1)

SELASA
21/06/2011
8.00 PM– 10.00 PM
(2000 - 2200 hrs)
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public GoldLahad Datu, SabahAsia Hotel, Lahad Datu, Sabah
RABU
22/06/2011
8.00 PM– 10.00 PM
(2000 - 2200 hrs)
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public GoldWilayah Persekutuan LABUANMariner Hotel Labuan
U0468, Jalan Tg.Purun,
P.O. Box 80063, 87010
W.P Labuan, Malaysia.


Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

Seminar ini adalah PERCUMA.
Tetapi sebelum datang kena register @ mendaftar tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 016-8615184 butiran-butiran berikut
1. Taipkan SEMINAR: Nama penuh
2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda
Contoh SMS:
SEMINAR: Ahmad bin Abu, Kota Kinabalu
Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:
SEMINAR: tempah 4 seat, 1. Ahmad bin Abu, 2. Halimah Ayob, 3. Halim Ahalim@yahoo.com , 4. Linda Onn, 25/2/2011. Kota Kinabalu
Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya dalam tempoh 24 jam saya akan reply, bukannya serta merta. Harap maklum).

Apa faedah datang ke seminar ini?
General Manager, Public Dinar (Public Gold Int. Berhad), En. Syukor Hashim


















First sekali, seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan. Kemudian baru beliau bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda ingin tahu selok belok pelaburan emas maka anda wajib hadir seminar ini!!!

Sabtu, 4 Jun 2011

Harga EMAS akan naik bermula Ogos ini!! What are you waiting for?

Tak hilang penat lagi rasanya baru balik dari Kuching 2 hari lepas, masa terlampau singkat nak pergi jumpa kawan-kawan lama & yang sempat beli EMAS dari saya semasa di Kuching saya doakan anda mencapai "Financial Freedom" pada masa depan. Hari ni saya nak kongsikan kepada anda satu artikel oleh admin@publicgoldsarawak. Semoga anda semua mendapat manfaat dengan apa yang saya cuba kongsikan hari ini.


Mungkin ramai yang masih menunggu ilham dan masa yang tepat untuk membeli emas. Jadi di sini saya kongsikan analisis pergerakan harga emas dan ramalan pergerakan harga emas. Mungkin ini dapat membantu anda untuk mengenalpasti masa terbaik untuk membeli emas!

Saya membuat keputusan berdasarkan hujah & fakta yang kukuh! Anda bila lagi nak buat keputusan membeli emas even bukti sudah ditunjukkan?
  1. Untuk tujuan ini saya telah merujuk kepada artikel daripada laman web www.usagold.com . Pemilik laman web ini ialah Michael J. Kosares.
  2. Beliau merupakan penulis buku The ABCs of Gold Investing: How to Protect and Build Your Wealth with Gold“. Saya sendiri membeli dan membaca buku ini.
  3. Bagi beliau, masa terbaik untuk membeli emas ialah daripada bulan Jun dan Julai. Anda boleh baca artikel berkenaan di http://www.usagold.com/analysis/doldrums-2008.html
Namun bagi saya pula masa terbaik ialah pada awal bulan Ogos (iaitu 2 bulan dari sekarang). Saya ada buat analisis saya yang tersendiri.
Mari kita lihat sejarah harga emas daripada tahun 2000 sehingga 2010.
Garisan merah menegak mewakili bulan Ogos
Garisan merah mendatar menunjukkan pergerakan harga daripada Ogos sehingga Disember.
Graf di bawah: Carta harga emas dari tahun 2001 sehingga 2010

Kenaikan sebanyak 26% dari Ogos - Dec 2009

Kenaikan harga sebanyak 22% daripada Ogos - Dec 2010
Daripada graf harga emas sepanjang 10 tahun ini, boleh dikatakan harga akan mula naik dari Ogos sehingga hujung tahun.
Jadi sekarang adalah masa terbaik untuk membeli emas.
Semoga anda kini mendapat ilham. 

Sabtu, 28 Mei 2011

PELUANG JADI SAUDAGAR & TAUKE EMAS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera…..

Kali ini saya nak tawarkan kepada anda bagaimana untuk mengambil peluang menjadi Tauke Emas. Iyaa.. Tauke Emas!!! Bagi yang berkawan dengan Tauke Kedai Emas & pernah tanya berapa modal untuk buka Kedai Emas,  RM1 juta cukup tak? J Minta maafla jika modal anda hanya setakat RM1juta, belum lagi masuk sewa & keperluan-keperluan lain.

Anda sendiri sudah ada bayangan betapa tinggi nilai Emas setiap kali anda pergi ke Kedai Emas contohnya Habib Jewels, Poh Kong, Tomei dan banyak lagi. Lengkap dengan CCTV & Pengawal Keselamatan (Bersenapang). Ini sahaja sudah cukup menggambarkan betapa tingginya nilai Emas didalam kedai tersebut sehingga kawalan keselamatan dijalankan sedemikian rupa.

Kedai Emas di seluruh dunia dilengkapi dengan pengawal keselamatan & sistem CCTV

Jadi  jika RM1 juta dah tak cukup untuk buka kedai emas macam mana la nak jadi Tauke Emas? Ok, untuk jadi Tauke Emas, sememangnya modal yang besar diperlukan namun begitu sekarang zaman dah canggih, hampir semua aktiviti harian kita menggunakan sistem elektronik ; Anda boleh menggunakan kemudahan internet untuk menjual emas, dari anda buang masa setiap hari log in Facebook & komen itu ini yang entah apa-apa, better anda promosikan emas anda. Bila dah maju boleh guna blog, lagi luas market anda & semua kemudahan ni FREE!  Barula DUIT masuk.. takdala balik-balik nak buat personal loan tambah hutang, bila wallet dah kempis mula la pakai kad gores & kalah (Kad Kredit) hutang lagi!! Tak habis-habis hutang, yang untung bank setiap bulan terima bayaran interest.

Public Gold menawarkan peluang untuk menjadi Agent (Dealer) dengan modal minimum RM20,000. Dengan setiap pembelian apa-apa jenis emas (Gold bar, Dinar emas, barang-barang kemas ,Silver) dalam satu resit anda layak untuk menjadi Dealer. So bila dah jadi Dealer maknanya anda Tauke Emas la, betul tak? Anda dah boleh menjual & membeli emas pada harga semasa. Bezanya dengan Tauke Emas diluar anda  takda kedai , lagi bagus sebab anda tak payah pening nak bayar sewa bulanan kedai, bil elektrik & banyak lagi, dah jimat modal lagi boleh guna duit tersebut untuk beli emas lagi, lagi & lagi. Lagi yang best, Public Gold turut menawarkan sistem Easy Payment Purchase (EPP) bayaran sebanyak 4 kali bagi yang takda cash RM20K. So yang nak guna sistem ni kena tunggu habis bayar (EPP) dulu baru dapat ambil emas tersebut dari Public Gold. Jika anda nak  info lengkap macam mana guna sistem (EPP) boleh call/SMS saya: 016-8615184 atau email: nalzda@yahoo.com

Mesti nak tahu juga kan apa kelebihan jadi Dealer Public Gold? Sila baca artikel saya yang terdahulu
http://nalzda.blogspot.com/2011/07/kelebihan-menjadi-dealer-public-gold.html Bagi yang dah pernah beli emas dari saya, sudah celik ilmu emas & dah cukup modal jangan lepaskan peluang jadi Tauke Emas. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian takda la pendapatan tambahan J Jumpa Lagi!!

Khamis, 26 Mei 2011

EMAS ADALAH PELABURAN YANG BERDIRI SENDIRI


(By Admin @ publicgoldsarawak)
Semua aset terikat kepada sesuatu, seseorang atau sistem tertentu. Sebagai contoh:
Saham terikat kepada pengurusan dan prestasi syarikat
Bon terikat kepada penerbitnya
Bahkan wang tunai terikat kepada kekuatan kerajaan itu sendiri
Tetapi emas berdiri sendiri kerana ia tidak terikat kepada aset kewangan yang lain. Ia tidak terikat kepada sesuatu, sesiapa atau apa-apa sistem. Jadi ia adalah wang dengan sendirinya!
Tambahan lagi, ia tidak perlu kepada sebarang laporan, rekod atau geran pegangan. Jadi, jika anda tidak memberitahu, tidak seorang pun akan tahu berapa banyak emas yang anda miliki!
Hartanah bukanlah milik kita sepenuhnya
Selanjutnya, emas dapat dimiliki sepenuhnya dalam erti sebenarnya. Ini tidak berlaku dengan beberapa pelaburan seperti hartanah/property. Anda mungkin ingat anda memilikinya, tapi cuba anda elakkan membayar cukai tanah dalam beberapa tahun dan anda akan dapati siapa sebenarnya yang memiliki hartanah itu!
Jawapannya adalah Kerajaan!

Miliki emas untuk simpanan anda sebelum terlambat

Selasa, 17 Mei 2011

EMAS & PERAK SEBAGAI INSTRUMENT SIMPANAN (SAVING)


(Artikel asal oleh : Admin @ publicgoldsarawak.com)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera..........
Ok.. Hasil permintaan ramai orang di sini saya memberikan illustrasi secara detail perbezaan jika membuat simpanan dalam wang kertas dan emas.
Sebelum itu, anda semua mesti faham kesan inflasi terhadap nilai matawang kita. Jika anda “kureng faham” tentang implikasi inflasi maka kesedaran anda terhadap emas agaklah kurang.. Malahan menjadi lawak jenaka.. Tidak apa.. Tepuk dada tanya selera..
Saya suka ingin berkongsi apa itu yang dinamakan “kadar inflasi”.  Kadar adalah istilah ekonomi yang merujuk pada perubahan indeks harga. Kadar inflasi suatu negara dinilai berdasarkan tahap kenaikan harga untuk tempoh masa yang tertentu.
Bahasa mudahnya adalah begini:
  1. Harga minyak petrol naik – gaji masih sama, gaji bersih semakin kurang, saving makin berkurangan.
  2. Kalau dah harga minyak naik yang lain-lain (makanan, perkhidmatan, bil elektrik) sudah semestinya naik – gaji masih sama, gaji bersih semakin berkurang, saving makin susut.
  3. Dan seterusnya…. So, dah dapat idea bukan? Ok kita further reading kat bawah..
Kadar inflasi mempengaruhi kuasa beli penduduk dan mampu mempengaruhi struktur dan perkembangan ekonomi sesebuah negara. Dalam bahasa mudahnya, semakin tinggi kadar inflasi di Malaysia contohnya, nilai matawang Malaysia akan semakin mengecil.
Nak betulkannya memerlukan kenaikan gaji atau pun perubahan daripada segi ekonomi itu sendiri. Lain negara lain ragamnya. Kadar inflasi juga sangat berbeza antara satu sama lain. Ada negara yang mencapai 2 digit bagi nilai inflasi malah ada yang lebih daripada itu. Ada juga negara yang mencapai kadar inflasi yang negatif. Ini disebabkan harga harga yang semakin jatuh.
Mari kita buat perbandingan. Kadar inflasi antara negara-negara dunia :
  • Kadar Inflasi Kanada adalah 2.1%
  • Kadar Inflasi Amerika Syarikat 2.9%
  • Kadar Inflasi Iran 17%
  • Kadar Inflasi Venuzuela (18.7) > tertinggi di benua Amerika
  • Kadar Inflasi Norway 0.8%
  • Kadar Inflasi Britain 2.3%
  • Kadar Inflasi Australia > 2.3 %
  • Kadar Inflasi Iran 17%
  • Kadar Inflasi Afghanistan 13%
  • Kadar Inflasi Burma 35%
  • Kadar Inflasi Jepun 0.1%
  • Kadar Inflasi Zimbabwe 12,563%
  • Kadar Inflasi Guinea 23.4%
  • Kadar Inflasi Burkina Faso -0.2%
  • Kadar Inflasi Nigeria 0.1%

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi April 2010 naik sebanyak 1.5 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas tetapi tidak berubah bulan ke bulan. Bagi tempoh Januari-April, IHP meningkat 1.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Tahun ke tahun, indeks makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan masing-masing meningkat 2.2 peratus dan 1.2 peratus, kata jabatan itu.
Bagaimanapun, bagi asas bulan ke bulan, indeks makanan dan minuman bukan alkohol dan indeks bukan makanan kekal tidak berubah. Bagi asas bulan ke bulan, jabatan itu berkata kumpulan-kumpulan utama menunjukkan kenaikan kecuali pakaian dan kasut (-0.3 peratus) dan komunikasi (-0.3 peratus).
Kenaikan ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah makanan dan minuman bukan alkohol (1.6 peratus); perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (1.0 peratus); dan pengangkutan (0.7 peratus). Kenaikan-kenaikan lain ialah minuman alkohol dan tembakau, dan pelbagai barangan dan perkhidmatan masing-masing pada 2.9 peratus; perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 2.7 peratus; pendidikan 1.8 peratus; restoran dan hotel 1.6 peratus; kesihatan 1.5 peratus; dan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah 0.7 peratus. BERNAMA
Ok.. Secara puratanya kadar inflasi di Malaysia adalah 3 peratus setahun. Mari kita lihat justifikasi kesan inflasi.


Kadar Inflasi di Malaysia
“Malaysia merupakan salah sebuah negara yang memberikan subsidi yang banyak di dunia dengan jumlah subsidi sebanyak RM74 bilion pada 2009. Ia meliputi subsidi sosial sebanyak RM24.8 bilion, minyak sebanyak RM23.5 bilion dan makanan sehingga mencecah RM3.1 bilion.
Sementara itu, kaji selidik BNM menunjukkan inflasi akan meningkat kepada empat peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar tiga peratus selepas 2013.”
SITI RIZADIANA RAHMAT
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)
Justifikasi:
Andaikan saving dalam wang kertas: RM100,000
Kadar Inflasi Malaysia setahun:  (3%)
Dalam tempoh sepuluh tahun akan datang:
= RM100,000 –  (3% x 10 tahun)
= RM100,000 – 30%
Kuasa beli susut/hilang sebanyak RM30,000 menjadikan kuasa belinya hanyalah RM70,000 sahaja! Semakin berkurangan!
Bagaimana pula jika anda tukarkan RM100,000 tadi ke dalam bentuk emas?
Andaikan saving dalam bentuk emas: RM100,000
Kenaikan harga EMAS setahun:  (20%)
Dalam tempoh sepuluh tahun akan datang:
= RM100,000 +  (20% x 10 tahun)
= RM100,000 + 200%
Nilai emas RM100,000 yang anda beli hari ini akan menjadi RM300,000.


Sejarah telah membuktikan! Graf Harga Emas dari tahun 2000 sehingga 2011.
Pelaburan Emas & Perak adalah kalis inflasi

  • Kalau beli RM100,000 hari ini dapat dalam 600 gram emas Public Gold. Bulan depan, tahun depan makin sikit ler..
  • Cadangan saya 50-50 .. 50% dalam bentuk emas, selebihnya dalam wang kertas kerana hakikatnya kita masih memerlukan wang kertas dalam kehidupan seharian…
Simpan Dalam Bentuk Dinar (Emas) kalau nak pergi HAJI
Berita baik buat anda semua. Kos Haji Malaysia untuk tahun 2011 tidak jadi naik. Kos terkini kekal pada RM9,980.
Sumber: BERNAMA



Graf – Dinar vs Kos Haji

Kita sambung lagi statistik ini:
Tahun 2010 – 1 Dinar bersamaan RM640 (December)
** Membawa maksud kos pergi menunaikan haji cuma 15 dinar!
Tahun 2011 – 1 Dinar bersamaan RM750++
(ketika artikel ini ditulis sahaja pada April 2011 bersamaan RM690)
** Membawa maksud kos pergi menunaikan haji cuma sekitar 12-13 dinar! Kalau nak lagi best anda beli 50 gram PG Bar InsyaAllah tahun depan cukup untuk tampung kos haji anda!
Jadi di sini, anda nak saving dalam bentuk matawang kertas lagi?