Selasa, 10 Mei 2011

SIMPANAN EMAS VS ASB DENGAN BERMODALKAN RM10,000


Masih banyak respon dari pengunjung blog & rakan-rakan yang saya terima dimana masih sukar untuk membezakan keuntungan dari pelaburan/simpanan emas dengan pelaburan-pelaburan lain. Saya tertarik dengan satu artikel oleh rakan saya (admin @ publicgoldsarawak ; Hafizul Hakim) berkenaan perbandingan keuntungan simpanan emas vs ASB. Diharap artikel ini dapat membantu anda sebelum membuat pelaburan emas J
Kenapa saya bandingkan dengan ASB? Tujuannya kerana ASB merupakan choice kita terutamanya di kalangan bumiputera untuk melabur untuk masa depan. Untuk contoh perbandingan ini saya mengandaikan jika kita menggunakan modal RM10,000 untuk kedua-dua pelaburan ini.
Perbandingan
  1. Anda hanya akan mendapat pulangan maksimum ASB seperti ilustrasi ini jika anda tidak WITHDRAW duit ini dari akaun. Jika anda withdraw maka perolehan untung semakin bekurang. (profit base on pro rata)..
  1. Berbanding dengan emas, walaupun anda menukar dalam bentuk cash e.g pegi ke Ar-Rahnu harga emas tetap naik. Even setelah anda tebus balik emas tersebut harga emas anda tetap akan naik. =)
  2. Keuntungan ASB semakin hari semakin susut. Dulu memang benar pulangan konsisten 10% tapi sekarang 7% dah menjadi lumrah atau dalam englishnya the highest that you can get.. 4. Berbanding dengan kenaikan harga emas.. Secara purata kenaikan adalah dalam lingkungan 20-30% setahun. Saya gunakan data harga kijang emas sebagai rujukan. Data diperoleh daripada BNM Statistics.
4. Berbanding dengan kenaikan harga emas.. Secara purata kenaikan adalah dalam lingkungan 20-30% setahun. Saya gunakan data harga kijang emas sebagai rujukan. Data diperoleh daripada BNM Statistics.
Andaikan anda membeli 100 gram pada tahun 2001:
Tahun 2001 – RM3,600
Tahun 2002 – RM4,460
Tahun 2003 – RM5,395
Tahun 2004 – RM5,678
Tahun 2005 – RM6,614
Tahun 2006 – RM7,611
Tahun 2007 – RM9,492
Tahun 2008 – RM10,289
Tahun 2009 – RM12,547
Tahun 2010 – RM14,087
5. Anda rasa selamat jika letak duit dalam ASB? Fikir sekali lagi.. Kita sebenarnya di rompak oleh inflasi.. Kadar kenaikan inflasi di Malaysia dalam lingkungan 2-3% setahun. Bermaksud kuasa beli semakin berkurang. Contoh paling senang nak bagi anda faham, assume dividen kita setiap tahun dalam RM800..
Kuasa beli RM800 pada tahun 2001 adalah lebih banyak e.g pada masa tu harga barang murah, minyak murah dll.. Kuasa dividen yang sama kita dapat RM800 pada tahun ini 2010.. Agak-agak sama tak kuasa beli dengan tahun 2001, 2002, 2003 dan seterusnya? Yup, anda dah geleng kepala menandakan anda setuju dan faham dengan statement saya. Terima kasih! =)
Kesimpulan:
Emas yang sama seberat 100 gram dibeli tahun 2001, setelah 9 tahun berat yang sama tapi value nya yang sungguh berbeza dan menakjubkan.. So, dah nampak kenapa sangat best simpan aset dalam emas? =)

Untuk info yang lebih banyak mengenai pelaburan emas sila layari www.publicgoldsarawak.com

Isnin, 9 Mei 2011

SEMINAR PELUANG PERNIAGAAN EMAS PELABURAN BERSAMA PUBLIC GOLD


SABTU
14/5/2011
8.00 PM– 10.00 PM
(2000 - 2200 hrs)
Seminar Peluang Perniagaan Emas Public GoldKota Kinabalu, SabahHotel Shangri-la
75 Bandaran Berjaya
Kota Kinabalu
(Tingkat 1)



Bagaimana cara utk hadir ke seminar ini?

First sekali, seminar ini adalah PERCUMA.
Tetapi sebelum datang kena register tempat terlebih dahulu.
Untuk hadir, anda perlu sms ke h/p saya: 016-8615184 atau hubungi (MR. Daud ; admin@publicgoldsabah 016-8843705) butiran-butiran berikut
1. Taipkan SEMINAR: Nama penuh
2. Tarikh dan lokasi seminar pilihan anda
Contoh SMS:
SEMINAR: Ahmad bin Abu, Kota Kinabalu
Jika hendak register lebih dari 1 tempat duduk, hantar SMS seperti ini:
SEMINAR: tempah 4 seat, 1. Ahmad bin Abu, 2. Halimah Ayob, 3. Halim Ahalim@yahoo.com , 4. Linda Onn, 25/2/2011. Kota Bharu
Kemudian, saya akan memberikan maklumbalas samada masih ada kekosongan tempat atau tidak (biasanya dalam tempoh 24 jam saya akan reply, bukannya serta merta. Harap maklum).

Apa faedah datang ke seminar ini?


Seminar ini adalah lebih kepada education mengenai pelaburan emas. Kebanyakan peserta seminar ini mengakui bahawa mereka tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan. Kemudian baru beliau bercerita tentang keuntungan berniaga emas. Jadi, kalau anda ingin tahu selok belok pelaburan emas maka anda wajib hadir seminar ini!!!

General Manager, Public Dinar (Public Gold Int. Berhad), En. Syukor Hashim
                                                         




Ahad, 8 Mei 2011

Perbandingan Emas Pelaburan yang SAH di Malaysia (Terkini)

(By admin@publicgoldsabah)
Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur emas disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:
1.    Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.
2.    Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik dapat guna Teknik Ar-Rahnu
3.    Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9
4.    Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
5.    Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)
6.    Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.


Perbandingan / Comparison

Terdapat beberapa pembaca yang mahu saya catatkan sedikit analisis berkenaan untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat:-


Kijang Emas

•    Kijang Emas Maybank
•    Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu.
•    Spread 1oz (4%), 1/2oz (6%), 1/4oz (8%) (source BNM Website)
•    Tidak boleh lock harga.
•    Tidak boleh booking.
•    Perlu dapatkan sendiri di Maybank.
•    Stok sering habis.





UOB Bank atau United Overseas Bank


•    Boleh dibeli di UOB Utama sahaja.

•    Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
•    Perlu dapatkan sendiri di Bank OUB, 9:00 pagi hingga 4.30 petang (iaitu waktu pejabat sahaja, kalau cuti atau sabtu, ahad memang tidak buka).
•    Stok sering/selalu habis
•    Mesti bawa resit asal masa jual balik
•    Tidak boleh buka sarung
•    Tidak beli semula jika tercalar/bengkok atau patah!!




PAMP Suisse
PAMP bererti "Produits Artistiques Métaux Précieux" iaitu dalam bahasa Perancis, yang memberi maksud dalam bahasa inggeris iaitu artistic, precious metals products.
•    Boleh dibeli di kedai emas tertentu. Kalau di Kuching ada dijual di Kedai Habib Jewel, Spring. Di Sabah: (1)Habib Jewels - Suria Sabah Shopping Mall, (2) Habib Jewels - 1 Borneo Hypermall
•    Spread antara 10%-30% mengikut kedai.
•    Kalau buka sarung akan tolak harga.
•    Kalau emas minting ada upah atau 'workmanship cost' & kalau emas casting tidak ada 'workmanship cost'


Kuwait Finance House (Gold Account)


Kelebihan KFH Gold Account-i
•    Harga yang kompetitif (kerana menggunakan emas 950)
•    Proses membuka akaun yang mudah dan cepat.
•    Anda boleh menyimpan emas tersebut di bank tanpa sebarang kos penyimpanan.
Kekurangan KFH Gold Account-i
•    Kualiti emas 950 berbanding jongkong emas lain di Malaysia yang biasanya mempunyai ketulenan 999.
•    Spread RM6 segram (sederhana tinggi)
•    Cawangan yang amat TERHAD
•    Emas boleh dibeli dan dijual ketika waktu pejabat KFH sahaja (9.30 pagi – 4.30 petang)
•    Sarung plastik emas tidak boleh dibuka, tak boleh calar dan tak boleh bengkok.
•    Tak boleh digadaikan kerana jongkong emas di 'laminate', jadi anda tak boleh membawa emas tersebut ke Ar-Rahnu jika memerlukan wang.
•    Jika boleh digadai sekalipun akan menggunakan kadar atau 'rate' emas 950 sahaja


Bunga Raya



•    Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja.
•    Spread 15%-25%.
•    Buka sarung tolak harga.


Barang Kemas



•    Boleh dibeli di mana-mana kedai emas.
•    Harga tinggi berbanding pasaran.
•    "Spread" atau Susut Nilai 20%-40%
•    Tidak boleh dikategorikan sebagai Emas Pelaburan.
•    Emas Perhiasan walaupun tidak dipakai, kemudian dijual kepada kedai tetap akan dipanggil sebagai EMAS TERPAKAI!!!. Oleh itu barang kemas tidak boleh dikategorikan sebagai EMAS PELABURAN.



Public Gold, Public Dinar, Public Silver & Public Jewellery.
  
•    Boleh dibeli daripada mana-mana agen di seluruh Malaysia.
•    Spread 5%-6% sahaja
•    Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama.
•    Boleh booking dan lock harga 24 jam.
•    “Independent Assayer” yang SAH di Malaysia
•    Emas 999.9 – 10g,20g, 50g, 100g & 250gram
•    Dinar Emas – 1 Dinar, 5 Dinar & 10 Dinar
•    Jongkong Perak – 250gram, 500gram & 1 kilogram

Jumaat, 6 Mei 2011

Apa itu inflasi?

Malam tadi tak sempat nak tulis artikel baru, bagi yang mengikuti harga emas & silver rasanya ramai yang tak tidur malam tadi nak lock harga termasuk saya sendiri : ) Belum terlambat lagi bagi yang belum pernah beli emas fizikal Public Gold & sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk lock harga. Boleh SMS @ email pada saya untuk keterangan lanjut & lock harga. (Anda boleh semak harga semasa emas Public Gold dibahagian sebelah kanan blog ini). Nasihat saya belilah emas hari ini selagi harganya masih mampu untuk kita beli/miliki. Hari ni saya nak syer 1 artikel berkenaan inflasi hasil catatan admin @ publicgoldsabah untuk perkongsian pengetahuan kita bersama. Selamat membaca.....


Apa itu inflasi? Inflasi yang memainkan peranan berkaitan duit yang anda simpan (samada di bawah tilam anda, dalam bilik, dalam peti besi, dalam bank, dalam poket dan sebagainya). Andaikan anda mempunyai RM10,000 yang disimpan elok di bawah tilam di rumah. cuba kira nilainya selepas 10 tahun?




Duit yang anda simpan itu masih menunjukkan jumlah RM10,000. Sekiranya anda memanggil 10 orang dan menyoal berapakah nilai duit anda yang disimpan sejak 10 tahun lalu, apakah jawapan mereka????

Jawapan yang diberitahu oleh mereka selepas mengira sahaja adalah RM10,000. TETAPI, sekiranya anda menanyakan soalan itu kepada pihak bank ataupun orang yang arif dalam perancangan kewangan , mereka menjawab secara spontan iaitu, "Nilainya kurang daripada RM10,000." Bagi mendapat jawapan yang tepat, mereka memerlukan data berkaitan inflasi sepanjang 10 tahun yang lalu dan mesin kira.








Kadar Inflasi (%)10 Tahun (RM)15 Tahun (RM)20 tahun (RM)25 Tahun (RM)
2
8,1717,3866,6766,035
46,6485,4214,4203,604
65,3863,9532,9012,129
84,3442,8631,8871,244
103,4872,0591,216718
122,7851,470776409



Inilah jawapanya iaitu RM6,648 sekiranya kadar inflasi secara puratanya adalah 4% setahun.


Disini diterangkan apa yang dikatakan dengan inflasi. Pada 8 tahun yang lalu, anda dapat membeli sebungkus nasi lemak telur dan segelas air sirap dengan RM1.50.TETAPI pada hari ini, anda hanya mampu membeli segelas air sirap dengan RM1 dan RM1.50 bagi sebungkus nasi lemak. Anda terpaksa membayar RM2.50 bagi kedua-duanya. Jadi duit anda itu suda mengecil nilainya, ia sudah dimakan oleh inflasi.

Katakan gaji anda adalah RM4,000. Pada awal tahun ini, anda mendapat kenaikan sebanyak 2%, jadi gaji baru anda adalah RM4,080. Katakan kadar inflasi pada tahun tersebut adalah pada tahap 3.5%, jadi nilai sebenar gaji anda adalah RM3,937 ( = RM4,080 -(RM4,080 x 3.5%) lebih rendah daripada sebelum kenaikan. Anda selamat sekiranya nilai kenaikan gaji anda melepasi kadar inflasi.

Apa kadar inflasi di Malaysia?
  
March 30, 2011: KUALA LUMPUR 28 Mac - Kadar inflasi negara pada tahun ini diunjur berada pada sekitar 3.0 dan 3.5 peratus, dijangka melonjak lebih pantas pada separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi global.
(daripada sumber Utusan Malaysia & akhbar-akhbar tempatan)

Khamis, 5 Mei 2011

ILMU EMAS II

Alhamdulillah, tak sangka pula lama dah tak berblog ni ramai juga rakan-rakan yang sudi jenguk blog saya ni. Sehingga jam 600 petang 4/5/2011 lebih 100 orang telah view balik blog saya yang dah lebih 2 tahun tak kena update. Macam-macam respon diemail saya terima kenapa tiba-tiba aktif berblog balik, jawapan saya mudah sebab sekarang dah berniaga emas. Kalau saya tak ada blog susah rakan-rakan yang sudah & nak beli emas dari saya dapat info terkini. So bila dah ada balik blog ini senang la rakan-rakan/customer nak rujuk jika ada apa-apa info penting.

Ok, berbalik pada cerita Ilmu Emas yang saya tulis kelmarin, saya mula membaca pasal emas ni pada penghujung tahun 2010(agak lewat), masa tu tak terbuka lagi dihati nak keluarkan modal pertama beli emas fizikal. Saya masih tercari-cari lagi macam mana dengan hanya simpan emas boleh jana pendapatan.

Saya mula aktif cari bahan bacaan diinternet & buku-buku. Banyak website menarik yang saya jumpa & tidak ketinggalan website yang menawarkan Skim Pelaburan Emas (INI YANG BAHAYA) tak perlu la saya ceritakan panjang pasal skim-skim cepat kaya ni, sebab hanya gelaran nama saja skim cepat kaya, orang yang dah join takkan kaya-kaya malah ada yang makin cepat miskin. Nasihat saya, jika anda nak join atau buat apa-apa pelaburan tentang emas perkara yang paling penting perlu dilakukan  adalah semak maklumat pendaftaran Syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. Anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/ Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan. Kenapa? Sebab dulu jika nak join apa-apa bisnez atau peluang perniagaan perkara pertama yang selalu kita tengok adalah berapa peratus Syarikat bayar balik pada kita setiap bulan (Dahsyat..) hehehe… 


Sekarang apa yang paling penting sebelum buat apa-apa pelaburan adalah semak maklumat pendaftaran Syarikat tersebut. Jadi kepada rakan-rakan yang nak join bisnes atau buat pelaburan, perkara pertama yang patut dilakukan adalah memastikan pelaburan yang kita sertai adalah selamat dan sah disisi undang-undang. Bersambung pada artikel setersunya……..